Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
pernah buat nakal tak??
Ahad, 19 Disember 2010 @ 10:12 PTG | 2 Nota cinta comel disini [s]

Da lama entry ni, tak sudah-sudah aku taip.. Akhirnya, siap jugak entry ni.


anda pernah nakal begini???




Haaa, korang pernah tak buat nakal, tak kesah la mase kecik ke, besa ke. Mesti pernah kan kan. Tipula sape yang cakap tak pernah, takkan baik sepanjang mase kot, mesti ade punye. Yela untuk dijadikan sebagai kenangan hidup, kalau yang indah, indah la. kalau yang ade kenangan buruk mase zaman-zaman kenakalan tu, wat la pengajaran hidup.
budak nakal paling femes didunia..  shinchan!!

Aku juga pernah menyandang gelaran budak nakal mase zaman muda-muda dulu..hahaha. Kelakar sangat bila diingatkan balik. Teringat mase aku curik buah manggis jiran kampung atok aku, sanggup aku panjat pagar dusun dia yang tinggi menggalah tu. Nasib baik sepupu aku merangkap 'rakan kongsi' untuk membuat kerja 'baik' ni, ada dan tolong aku panjat pagar tu. Disebabkan badan aku mase tu, kecik tetomei lagi, mudahla untuk aku didukong/digendong dan seumpamanya. Aku jugak pernah terjatuh kat parit sebelah umah makcik aku sebab jalan kat antara semak dengan parit gara-gara tak nak kena marah dengan ibu sebab balik rumah sampai lewat malam. Last-last, bukan je kena marah, siap dengan kene 'pial' telinga ni. (masih terasa tau) Banyak la kerje-kerje yang da aku buat mase zaman muda-muda dulu. Tapi sekarang da baik la, baik sikit kan, tak caya tanya la kat prince. Betul kan, syg baik.. kan   kan..(sambil mengelip-ngelipkan mata)     kuikuikui....


Gara-gara kenakalan yang sangat terserlah ni, sering jugak la aku dikenakan hukuman yang agak munasabah dan dianggap kejam jugak la oleh aku masa tu. Mana taknya, aku kena kurung kan dalam 'bilik hitam' iaitu toilet. Sebab ape aku panggil bilik hitam, sebab da la toilet tu tak ade lubang langsung untuk cahaya masuk, pastu ibu tutup lampu bagi aku bergelap kat dalam tu, sampai meraung-raung jugak la, time tu jugak aku mula membayang-bayang cerita hantu yang aku tengok kat tv. Eiii, seram!! 
 
Tapi, bila diingatkan balik, bole gelak sorang-sorang. hahahaha. Kelakar!


Label:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Ulasan:

Blogger nuranne berkata...

Biasalah tu zaman budak-budak. Bila ingat balik rasa kelakar. Salam Ziarah

20 Disember 2010 pada 2:01 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

tu la, kadang-kadang rase nak ulang balik zaman muda-muda tu..

20 Disember 2010 pada 4:03 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post