pernah buat nakal tak??
Ahad, 19 Disember 2010 @ 10:12 PTG | 2 Nota cinta comel disini [s]
Haaa, korang pernah tak buat nakal, tak kesah la mase kecik ke, besa ke. Mesti pernah kan kan. Tipula sape yang cakap tak pernah, takkan baik sepanjang mase kot, mesti ade punye. Yela untuk dijadikan sebagai kenangan hidup, kalau yang indah, indah la. kalau yang ade kenangan buruk mase zaman-zaman kenakalan tu, wat la pengajaran hidup.
Aku juga pernah menyandang gelaran budak nakal mase zaman muda-muda dulu..hahaha. Kelakar sangat bila diingatkan balik. Teringat mase aku curik buah manggis jiran kampung atok aku, sanggup aku panjat pagar dusun dia yang tinggi menggalah tu. Nasib baik sepupu aku merangkap 'rakan kongsi' untuk membuat kerja 'baik' ni, ada dan tolong aku panjat pagar tu. Disebabkan badan aku mase tu, kecik tetomei lagi, mudahla untuk aku didukong/digendong dan seumpamanya. Aku jugak pernah terjatuh kat parit sebelah umah makcik aku sebab jalan kat antara semak dengan parit gara-gara tak nak kena marah dengan ibu sebab balik rumah sampai lewat malam. Last-last, bukan je kena marah, siap dengan kene 'pial' telinga ni. (masih terasa tau) Banyak la kerje-kerje yang da aku buat mase zaman muda-muda dulu. Tapi sekarang da baik la, baik sikit kan, tak caya tanya la kat prince. Betul kan, syg baik.. kan kan..(sambil mengelip-ngelipkan mata) kuikuikui.... Gara-gara kenakalan yang sangat terserlah ni, sering jugak la aku dikenakan hukuman yang agak munasabah dan dianggap kejam jugak la oleh aku masa tu. Mana taknya, aku kena kurung kan dalam 'bilik hitam' iaitu toilet. Sebab ape aku panggil bilik hitam, sebab da la toilet tu tak ade lubang langsung untuk cahaya masuk, pastu ibu tutup lampu bagi aku bergelap kat dalam tu, sampai meraung-raung jugak la, time tu jugak aku mula membayang-bayang cerita hantu yang aku tengok kat tv. Eiii, seram!! Label: dulu-dulu
| Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
2 Ulasan:
Biasalah tu zaman budak-budak. Bila ingat balik rasa kelakar. Salam Ziarah
tu la, kadang-kadang rase nak ulang balik zaman muda-muda tu..
Catat Ulasan