I am as Korean Fan
Sabtu, 4 Februari 2017 @ 9:01 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s] ![]() Macam mana Farah bermula as Korean Fan? hahaha. Dulu, takdelah fanatik sangat. Setakat melayan drama-drama yang gempak je. Mula layan dulu pun hujung tahun 2009, betul-betul lepas SPM. Yelah, dulu bosan, takde nak buat ape. Kerja pun tak lagi. So online jela 24/7. Time tu la baru kenal youtube dan lain-lain. Masa layan youtube tu, tah macam mana bole terklik satu drama korea yang meletop dulu. Tak lain tak bukan 'Full House'! Yup, tula drama first yang farah tengok. layan kat youtube je tau. Habis je drama 'Full House' tu, farah tak terus tengok drama lain. Yelah bz kerja pulak lepas tu, then masuk diploma. Time tula jadi hantu korea. Rupanya demam drama korea ni da melanda kat tempat blaja. Stok drama pun bertimbun. Ade yang jadi 'dealer' drama, lagi laju la kitorang. Dulu harapkan kawan jadi 'dealer' jela. Nak cari sendiri tak tahu. hahahaha Sampai la zaman kerja, tapi masa tu cuma gila drama korea je. Takdela sampai suka lagu dengan artis. Masa tu tau masatu..sebab sekarang dah lain. Cakap la artis apa, group apa, lagu apa. Insyaallah ingat. Hahahahahaha Sekarang lubang nak tengok online pun dah master. hahaha ![]() Terjebak sebab student punya pasal la. Dulu kerja kat pusat internet 1malaysia, so student semua budak sekolah. Asal datang tempat kerja je, dorang pasang lagu korea. Siap hafal step tarian tau. pehhh..hebat betul. Mulanya niat nak tahu je ape lagu yang dorang dengar tu. Last-last terjebak habis. Sampai reality show dorang pun follow tau. So, sekarang tak dapat nak patah balik, sebab dah fall in love dengan korea..hahahaha ![]() Mesti yang bukan fan korea ni nak tau ape la yang ada kat drama korea etc. Macam mana nak cakap ye, korang kena layan dulu la baru tau. Beza sangat dengan drama kat Malaysia ni. Bukan nak perlekehkan tapi tu apa yang farah rasa. Drama kat Malaysia ni bukan tak best, best je. Ade je yang Farah tengok contoh macam 'Kau, aku kita', Aku jadi penunggu, Papa Ricky, dan lain-lain. Tapi kalau pilih antara drama melayu dengan korea. Farah memang pilih korea. This is my oppinion. ![]()
Tapi Tapi tapi
Ade je benda tak best yang Farah tak minat dengan korea. Salah satunya cara dorang release stress. Korang yang layan drama pun bole nampak kan, kalau dorang nak celebrate ke, down ke mesti dengan alkohol. macam dah jadi budaya dorang. Eh bukan jadi, memang budaya dorang macam tu. Sampai mabuk-mabuk. bila mabuk jangan cakap la dorang akan behave. hmm tu yang memang tak minat laaa.. Tapi yang lain tu ok. Paling best dorang punya adab dengan orang lebih tua. Cara percakapan pun ada perbezaan tau antara orang yang lebih tua/tak rapat dengan orang yang dah rapat/atau lebih muda. Minat orang mungkin berbeza dan berubah-ubah. Farah tak kesah kalau ade yang tak suka, yela dah orang tak suka, camne nak paksa kan. Tapi, ini lah yang menjadi kegemaran Farah buat masa ni. Doakan Farah dapat jejakkan kaki kat negara ni ye.. Aamiin |
Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
0 Ulasan:
Catat Ulasan