Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
PTPTN - Bayar hutang tunggakan
Selasa, 24 Januari 2017 @ 3:59 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Leegaaaaaa... Baru je lepas selesaikan tunggakan hutang PTPTN. Sekarang ni muda-muda pun dah ada hutang T_T

Image result for ptptn hutang

Sejak ada isu pasal CCRIS dengan blacklist imigresen ni Farah tak pernah berhenti fikir fasal hutang PTPTN. Tula, dulu kemain liat nak bayar hutang, sekarang baru tersedar. haha Nasib la masa pergi Vietnam dulu tak kena blacklist lagi, kalau tak menangis tak berlagu kat airport.huhu

Meh Farah nak share macam mana proses Farah selesaikan bayaran tunggakan PTPTN.


Farah ni antara lepasan IPT yang tak dapat surat daripada PTPTN mengenai cara pembayaran, mahupun tunggakan. Inilah antara sebab Farah tak bayar PTPTN, kalau bayar pun main bayar je tanpa tau berapa jumlah bayaran bulanan yang perlu Farah bayar. So, untuk tahu jumlah tunggakan dan cara pembayaran dia Farah pergi ke kaunter PTPTN di UTC Puduraya. 

Kenapa UTC? sebab kaunter PTPTN kat UTC ni sabtu ahad pun buka. So, senang nak uruskan pape kalau tengah cuti ni. Takde kelam kabut, cuti rehat pun dapat di'save' untuk kegunaan lain.

Berbalik pada tadi, masa di kaunter tu, kita cerita la apa yang kita nak tau mengenai hutang PITPTN tu. Nanti pegawai yang bertugas akan jelaskan kepada kita bagaimana nak selesaikan hutang yang ada. Masa tu, pegawai cadangkan pada Farah untuk selesaikan tunggakan dengan 2 cara iaitu:-

1. Bayaran tunggakan secara ansuran
-Secara ansuran ni maksudnya selesaikan tunggakan separuh atau sehingga baki tunggakan tidak melebihi 6 bulan tunggakan.

2. Bayaran tunggakan secara penuh
-yang ni semua faham kan. Maksudnya bayar tunggkan sampai habis la, tinggal ansuran bulanan je yang tak dibayar.

Dia ada juga tanya nak jadualkan semula tak jadual pembayaran balik pinjaman. tapi Farah tak nak, sebab kalau tak makin lambat lah hutang Farah nak habis. (banyak lagi perancangan oii)

Farah decide untuk selesaikan secara penuh, sebab Farah tak nak fikir pasal tunggakan lagi dah. So, farah ambil keputusan untuk keluarkan duit dari KWSP untuk membayar tunggakan PTPTN Farah. Hanya akaun 2 sahaja boleh buat pengeluaran. So, check dulu penyata KWSP.

5 Langkah mudah pengeluaran KWSP

1. Daftar i-akaun
-Daftar i-akaun ni boleh daftar di kiosk KWSP atau kaunter KWSP seluruh Malaysia. Tapi kalau jenis yang kurang rajin keluar rumah macam farah ni. Boleh je nak call ke Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922600

2. Hubungi Careline PTPTN
- Sebelum buat pengeluaran kena la tau berapa tunggakan/baki pinjaman PTPTN yang kita ada. Disebabkan farah dah pergi ke kaunter PTPTN so tak perlu la farah call careline PTPTN. Tapi bagi yang tak nak jumpa pegawai PTPTN tu, bole je call di talian 03-21933000

3. Mohon pengeluaran KWSP
-Bila dah aktif i-akaun, boleh la buka i-akaun dan mohon e-pengeluaran pendidikan. Pada borang online yang kena isi tu ada nama program dan tahun tamat. Pastikan maklumat sama macam transkrip dan sijil.

4. Semak status permohonan
- Bila permohonan telah diproses, pihak KWSP akan sms untuk maklumkan kepada kita. Pada sms tu, kita perlu ke KWSP untuk sahkan cap ibu jari dan dokumen. Selalunya dia akan bagi dateline (14 hari) untuk selesaikan semua tu. Sebelum tu, kena la semak dulu kat inbox i-akaun status permohonan sama ada dah diluluskan atau tidak.

5. hadir ke KWSP
- Pergi ke kaunter KWSP. Boleh pegi kat mana-mana kaunter kat seluruh Malaysia. Bawa bersama dokumen sokongan (sijil, transkrip, IC) semua dokumen perlu buat salinan.

Selesai je 5 perkara ni, so lepas 15 hari bekerja duit akaun KWSP akan ditransfer terus ke akaun pinjaman kita. Dia takkan bagi duit cash, kalau bagi duit cash, memang tak berbayar la pinjaman tu nanti. hahaha

Tapi untuk keluarkan dari KWSP ni pun ada syarat-syarat dia. Boleh semak pada lawan web rasmi KWSP.

Lepas ni terus ligat nak bayar ansuran pinjaman pulak. Plan nak buat direct debit. Nanti farah akan story lagi bila dah selesai ye..

Label:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post