Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Berhijrah bukan perkara yang mudah.
Ahad, 3 November 2013 @ 11:13 PTG | 3 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, dengan restu dari Allah S.A.W dapat Farah mencoret serba sedikit di sini lagi.

Siapa kata berhijrah itu mudah, berhijrah simple. Pakai tudung, pakai stokin, baju longgar/jubah. Pastu dah dikatakan dah berhijrah. No no no no no.. *Geleng-geleng kepala* Berhijrah sebenarnya bukan dari segi pakaian. Tapi termasuklah dari segi sikap, percakapan, gaya dan sebagainya yang dikeluarkan atau diterjemahkan dari badan kita. Sungguh.. Susah untuk handle cara/sikap kita yang dah pun kita biasa buat sebelum ni. Kalau dulu selalu ketawa berdekah-dekah, bergosipping, marah-marah. Sekarang kena kawal itu semua. Farah sendiri merasakan perkara tu. Dan masih lagi dalam proses untuk mempelajari bagaimana untuk mengawalnya. Ini baru berjuang dengan diri sendiri belum lagi dengan pandangan orang luar.

Sebab itu, Farah sentiasa mencari ilmu. Memenuhkan ilmu yang sangat sedikit didada ni. Bagi insyaallah menguatkan hati dan niat Farah untuk berubah. Farah tertarik dengan kata-kata seorang blogger yang sering berkongsi ilmu di blognya.

 "Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya."

Farah tak nak diri Farah hanya berhijrah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sebab tu Farah banyak berusaha untuk tenangkan hati, kuatkan hati untuk kekalkan niat ni walaupun dugaan Allah ketika ini bertimpa-timpa. Kalau difikirkan balik. Tak berat mana pun dugaan tu. Hanya disebabkan farah yang terbawa-bawa perasaan itulah yang membuatkan Farah terasa Farah tak mampu nak hadapi. 

Pelbagai persoalan yang timbul dikalangan kawan-kawan Farah, yela, perubahan drastik tetiba pakai sock tangan dengan kaki. Cara pemakaian pun lain. and paling drastik scarstik pendiam. Yang dulunya minah kecoh, minah gosipping tup tup jadi pendiam. haha. Tulah, perubahan banyak menenangkan diri Farah. Kalau dulu, Farah banyak sakitkan hati orang dengan sikap Farah yang terlalu lepas cakap. Now, Farah cuba untuk control itu semua. 

Tak, Farah bukan nak riak ke takabbur ke yang Farah ni baik sebab nak berubah. NO! Tapi Farah mengambil medium ini untuk berkongsi apa jua yang Farah rasa. Farah sendiri masih merasakan Farah belum menjadi yang baik. Yang terbaik seperti serikandi islam. Seorang gadis bertudung yang solehah. Tidak, Farah masih lagi cetek ilmu agama dan masih lagi berubah secara perlahan untuk ke arah solehah. Disini farah ingin mencari kekuatan yang boleh Farah ambil sebagai satu dorongan untuk Farah agar tidak melepaskan niat untuk berubah. Ya sahabat, bantulah aku. Bimbinglah aku yang hanyut dengan kealpaan duniawi. 

p/s : Syukur Ya Allah kerana masih memberi petunjuk dan kekuatan untuk terus berubah ke jalanMu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Ulasan:

Blogger .budakchomeylyangtulis. berkata...

bagus :) In Sya Allah, paling sukar apabila sudah melaksanakan sesuatu hijrah ialah Istqamah, jadi berdoa lah selalu supaya kita terus istiqamah dalam melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikan..sma2 kita mencari keredhaan Ilahi..amin ;)

11 November 2013 12:55 PTG  
Blogger Normimi Shaharzuin Shaifudin berkata...

saya ingin sekali berhijrah ingin sekali menjadi hamba yg diredhai

7 April 2014 2:32 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

terima kasih budakcomel untuk nasihat tu :') Insyaallah akan cuba untuk terus istiqamah agar terus berusaha untuk berubah.

Normimi, marilah kita sama-sama berusaha ke arah yang terbaik.

15 April 2014 10:54 PG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post