Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
wedding dan katanya
Khamis, 17 Oktober 2013 @ 7:26 PG | 1 Nota cinta comel disini [s]

Recently, farah tetiba dalam mood tengok video video orang tunang and kawen. Terdetik jugak, dah bersedia ke aku ni?? Hahaha.. Tak mungkin kan, sebab selama ni bila ditanya soalan bila nak kawen ke, jom kawen ke. Jawapan tetap sama, target umur nak kawen 28, fullstop! Haaa, tak lewat kan =_=' 

Bukan ape, banyak sebenar nak prepare untuk kawen ni. Bukan setakat nak pikir pelamin ape kita nak pakai, baju kurung moden ke dress, tema ape, warna ape, dewan ke hotel. Tapi nak jugak fikir da cukup ke ilmu agama kita? Dah ready nak jaga anak orang? Dah ready ke nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Dah ready ke nak jadi seorang anak untuk kedua dua family? dll

Haaa, memang la ramai akan cakap "too much thinking". Tapi ni la reality. Perkahwinan bukan perkara main-main. bukan benda nak buat tiap-tiap tahun. Ni benda sekali seumur hidup oiii. Memang harus eh WAJIB difikir masak-masak. So, untuk encik superman, harap anda bersabarlah ye dengan sikap saya yang kiut lagi miut ni :P

Done merepek pasal excuses elak kawen. Meh Farah bawak korang flashback balik majlis wedding cousin Farah yang berlangsung bulan lepas :)



theme colour : cokelat + pink. Pink + cokelat. Alah same lah tu..

Very nice mix and match colour kan. One day time kawen nanti nak jugak lah kaler cam ni. Tetiba kannn

Majlis berlangsung ahad, a day before Hari Malaysia. Which is a good day kalau nak buat majlis kenduri kendara kan. Next day boleh rehat sepuasnya. Hahaa

Muhammad Rohaimi & Wahidah Yunus. 

A lovely couple. Meet since high school. Sangat suweet. pernah jugak teringin nak ada long lasting relationship macam dorang. tapiiiiii... past is past :)

Yang menarik di majlis mereka ni. Walaupun berlangsung di tengah bandar Kuala Lumpur. Tapi masih lagi mengamalkan adat yang dibawa khas dari Johor. Which is adat from my father's part. Tanah tumpah darah ku kan. Johor luaskan kuasamu..... *tetiba lagi sekali*

Adat : tol mengetol sebelum jumpa pengantin perempuan. Its very unique sebab sekarang jarang orang amalkan melainkan dalam negeri Johor lah.. tu pun belum tentu ada yang masih mengamalkannya. Haaa, mesti ada yang tak very nak sure. Ape maksud tol mengetol ni. 

Macam ni. Pengantin perempuan akan duduk di pelamin sambil muka ditutup dengan kipas pengapit. Pastu ade la segerombolan manusia yang duduk di depan pengantin perempuan kiranya macam halangan untuk pengantin lelaki pergi ke pengantin perempuan laa. Selagi tak diberi 'duit tol' selagi tu manusia yang comel lotei tu takkan berganjak. Haaaa.. a bit challenging kan?


Serta merta majlis akan meriah. Ni la istimewanya adat ni. hehe.

Overall, majlis perkahwinan mereka ni sangat meriah dan special. Dalam banyak-banyak majlis kahwin yang Farah pergi. Tak pernah Farah tengok majlis yang sebegini meriah. Dan terdetik jugak dalam hati. "alangkah bestnya kalau majlis aku nanti macam tu" hahahahahaha

Part yang paling best. Part ni dekat mana mana wedding mesti yang farah suka. Part jumpa sanak saudara. time ni la kita jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. tak terkecuali jugak kawan-kawan.

air dicincang takkan putus :)

p/s : 28 ye 28....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Ulasan:

Blogger .budakchomeylyangtulis. berkata...

cantiknya aku..muahahaha..i like that pix!!

11 November 2013 12:57 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post