Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Sambutan Hari Pekerja
Rabu, 26 Jun 2013 @ 7:34 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Sedih belum habis lagi gara-gara tak terpilih untuk segmen button running man..huhu. Takpelah bukan rezeki kan. Nak button tu kena la design sendiri jawab nya. *Menangis dalam hati*

Mesti ada yang tertanya-tanya. kenapa Farah ni update pasal hari pekerja pada penghujung june nih. Ketinggalan bulan ke hape. Yela, maklumlah hari pekerja jatuh pada tanggal 1 mei. hihi.. Bukan ketinggalan atau ape. Tapi memang nak update tarikh ni bersempena Farah dibawa oleh company untuk Sambutan hari Pekerja peringkat kebangsaan. Pekerja tau pekerja, bukan student lagi tau. Tetiba rasa macam dah besar sangat dah. Lepas ni zaman kahwin pulak kan. Eh



Farah dapat invitation ke majlis ni lebih kurang beberapa hari sebelum majlis. Last minute invitation. Tertanya-tanya jugak la kan masa mula mula diberitahu. Tapi ape yang best bila dapat pergi sana. Dapat sponsor sweater dengan seluar track. Suka bukan kemain. benda free, siapa la yang tak suka kan. Lepas tu dapat tahu kena berkumpul dekat Wisma around 6.00 a.m. Mak aii, awal naw. Takut terlajak je nak sampai sane on time. Memang gayanya lepas subuh terus gerak ke ofis. Takut tu timbul sebab tahu diri ni memang jenis liat nak bangun pagi. hehehe *tutup muka dengan bantal*
Tapi alhamdulillah, nasib baik lah dapat bangun awal dan sampai kat sana on time.

Sampai je dekat dataran bukit jalil tu, dah penuh dengan bas bas dari pelbagai sektor tak kira la swasta ke mahupun kerajaan. waaa, sedikit kagum dekat situ. Akhirnya kami kami yang sentiasa bekerjasama tak kira pernah jumpa atau tak akan bekumpul dekat sini.


Sebahagian dari team QSR. Merah hitam. Semat bukan?
*Siapa pandai carik la Farah kat mana :P*

"Pekerja pemangkin transformasi negara" Slogan terpilih tahun ni. Takde pekerja, macam mana negara nak maju kan? Macam mana negara nak dapatkan dana. Haaa, baru tau betapa pentingnya tenaga buruh kat negara kita kan. Tak kira la, CEO ke, manager ke even, tukang masak kat dapur pun ade peranan masing-masing. Cuba kalau orang bawahan takde. Macam mana orang atasan nak dapat income kan. So, naikkan lah gaji kami ni..hihi. Ayat motip sangat kan.


Banyak persembahan diadakan. Paling best ade persembahan flashmob. Superb lah. Ada jugak pertandingan kontinjen mana yang paling meriah. Ada yang nyanyi lagu johor la, ade yang bawak lampu kelip-kelip la, bawak maskot la.. Macam macam cara dorang buat untuk menang. At last team dari PERKESO yang menang. Tahniah pada mereka.


Tengok lah, macam mana tak menang. Meriah sangat dari kostum sampai la gendang dengan kompang. Ohsem lah PERKESO :)
Pastu ade jugak anugerah yang disampaikan bagi menghargai pekerja. Anugerah majikan terbaik pun ada tau. Tapi bukan kami lah yang menang. CCIB yang menang. Tahniah kepada mereka :) 


 Paling best, dapat jumpa PM live! Even jauh berapa meter ke bawah. Tapi kira ohsem jugakkan :P

Ehem, last skali, selitkan sikit gambar kami yang exited berikrar pekerja. Hee


p/s : Exited sampai tudung tak betul pun tak perahsan. Hahaha. Stail jugakkan :P





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post