Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Kenapa blog menjadi pilihan?
Selasa, 14 Mei 2013 @ 9:14 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Lamanya tak menjenguk blog. Makin malas kemain ye Cik Farah oii. Takpe segmen marah diri sendiri ditunda untuk malam nanti. Okay, now. nak bagi santapan buat pembaca apa ye.. Biasalah, dah lama tak menaip. Otak kreatif pun dah berkarat. *Tahap perasan menjulang kelangit* Alhamdulillah, diam tak diam dah lebih kurang 3 tahun jugak Farah ade blog tempat curahan kasih nih. Selama 3 tahun tu jugak banyak coretan yang Farah taburkan kat sini. Suka, duka. Segalanya kat sini. Kalau yang follow farah dari awal, korang boleh tengok kan macam mana penghijrahan gaya penulisan Farah yang tah hape hape nih. Kalau dulu, nak taip sepenjang panjang esei. Memang tak lah. Ayat pun skema kayu semacam. Hahaha. Biasalah. Baru berjinak jinak.

Niat Farah start blogging ni pada mulanya nak share cerita apa yang berlaku disekeliling Farah dengan seorang sahabat karib Farah ni. Yela, since kitorang dah terpisah sebab sambung belajar untuk diploma. For sure nak berhubung tu memang lah susah. Lagi-lagi nak jumpa kan. Rumah pun bukan dekat-dekat. Sorang kat Shah Alam, sorang lagi kat tengah bandar. So, dengan berbloging kitorang seakan akan bercerita antara satu sama lain tentang life masing masing. Then lama kelamaan, Farah semakin tak dapat berpisah dengan blog. Ibarat dah macam diary life yang boleh dikongsi dengan semua orang. Mana tahu. Ada yang membaca tu boleh dijadikan pengajaran dan sempadan. "Setiap pengalaman itu mengajar"

Dan menjadi persoalan, kenapa blog menjadi pilihan. Kenapa bukan facebook, twitter takpun myspace yang menjadi kegilaan remaja satu ketika dahulu. The answer is....masa tu Farah tak tahu pun kewujudan facebook mahupun twitter. *Nampak tak buta IT kat situ* Yang farah tahu cuma myspace dengan blog saje. Itu pun after terjumpa mase nak buat research untuk bahan assignment. Myspace pulak dari zaman tingkatan lagi. tapi kurang minat lah nak share dekat situ sebab tak boleh nak taip panjang-panjang macam blog. Terhad je :) So da dapat jawapan kan. Sebab tu blog menjadi pilihan. Kepuasan menaip itu penting tau :P

Tapi sebagai blogger ni jugak banyak cabarannya. Lagi lagi bagi blogger yang femes amous yang hangat dipasaran tu. Lagi lah banyak. Bak kata ibu "Semakin ramai yang suka dengan kita, akan bertambah ramai lagi yang dengki dengan kita". Lagipun, tak semua cerita yang kita kongsi akan diterima baik oleh semua kan. Mesti ada yang tak berpuas hati. Yela, rambut sama hitam, hati lain lain. Apa yang penting niat kita. Niat utama kenapa kita menyampaikan. Mohon niat tu yang baik-baik lah kan :)

"Selagi kehendak dan keinginan tinggi, keazaman untuk melakukan tetap ada. Hanya perlu dibaja dan dipupuk kerajinan untuk menjayakannya."

"Ya Allah, semoga apa yang aku sampaikan selama ini memberi kebaikkan dan manfaat kepada semua walaupun manfaat yang aku berikan itu cuma sedikit."

Akhir kata yang tak berapa nak akhir, mari kita berblog! hehehe

Oh ye, nak bagi tahu. Farah dah ade instagram. Sesiapa nak follow dijemput lah :P
Instagram Id : sitinorfaraheen

Mak datin pose over cute melawat ke Karangkraf.

p/s : Bulan Mei dah tiba. Tak sabarnya nak buat reminder kat dekoder untuk rancangan Hijabista TV. Can't miss! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post