Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Genting Kota Keriangan.
Isnin, 4 Februari 2013 @ 12:23 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi. Farah dinaikkan sebagai permanent staff di sebuah syarikat yang besar seperti ini. Semoga rezeki yang dikecapi ini tak terhenti disini saja. Ehem, apa khabar semua rakan-rakan blogger? Semoga sihat hendaknya. Biasalah, bila keadaan membusykan diri. Terpaksalah diketepikan hal-hal blog nih. Rindu yang teramat nak manaip dan berkongsi cerita. Sejak-sejak ni, rezeki Farah lebih kepada bidang pekerjaan. Untuk hal yang lain belum lagi. Semoga apa yang diimpikan tercapai lah kan. 

Bercerita tentang impian. Baru-baru ni, Farah baru je memenuhi salah satu impian Farah. Iaitu menjejakkan kaki ke Genting. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak yang sudi membawa Farah ke sana. Seronok sangat apetah lagi kalau pergi hanya bawa badan. Semua ditanggung bereslah. Makan minum hingga lah tiket masuk. Sape tak sukakan kalau dapat benda free. Rezeki rezeki. Hehe


Exited itu perkataan sebetulnya untuk menggambarkan perasaan Farah waktu tu. Even, malam sebelum tu tidur pukul 3 pagi. Tapi sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak gerak ke Batang kali secepat mungkin. Semua ni special thanks to Kak Niza & Abang Arul yang susah payah sediakan segalanya untuk Farah pergi ke sini. Katenya sebagai tanda terima kasih sebab jadi pengapit time wedding mereka dulu. *Kalau tau jadi pengapit sebegini lumayan. Konfem pantang diajak :P* Sebenarnya Farah ikhlas je bantu dorang. Tapi kalau dah namanya rezeki. Jangan lah ditolak. hehe

Dekat sana sempat lah jugak masuk dan main macam-macam permainan even pergi balik hari. SnowWorld salah satu tarikan kat sini. Puas hati sangat-sangat. Lagi pun ramai yang kata dekat Genting nih lagi best dari dekat I-city. tak tahu lah betul ke tak kan sebab Farah tak pernah pulak pegi yang dekat I-city tuh.

Segala macam permainan Farah cuba termasuklah spaceshock *Tak tau la ejaan betul ke tak*. Sengsorang tau. berani tak berani tu belakang cerita. Haha. Padahal diri sendiri takut ketinggian. Aduh, nak tercabut jantung rasanya. haha..

 Muka tengah takut

Apepun, Farah sangat berterima kasih dengan pengalaman yang diberikan ni. Kalau tak, tah bila la farah bole jejakkan kaki ke sini. Hehe

p/s : Lepas ni bole la datang sendiri, dah tau jalan :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post