Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
The Wedding
Ahad, 20 Januari 2013 @ 12:54 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, tiba jugak mood untuk menaip entry. Rindu tu memang lah rindu. Tapi disebabkan mood nak menaip takde. Kene lah postpone. Lama kan tak update. About a month jugak lah :P *malas lebih niii* Apepun, harini memang dalam mood yang sangatttt baik untuk publish satu entry untuk tatapan semua. *sebenarnya sedih sebab hari makin hari jumlah viewer makin sikit :(* So, ape khabar semua? Farah sihat-sihat saje :) 

Kali ni Farah nak story benda yang berlaku kira-kira sebulan yang lalu..Ayuh kita recap :)

.............................................................

Alhamdulillah, salah seorang kawan sekerja dah pun selamat menjadi seorang isteri. Makin ramai pulak yang dah kahwin dan makin ramai jugak yang dok tanye bila Farah ni nak kahwin. Haha. Pada mulanya, Farah tak sangka boleh attend majlis nikah kawan Farah sorang ni. Yela, jalan ke sana tak tahu. Cheras Perdana. Memang tak pernah la pergi kan. tapi nasib baik ade kawan yang sudi temankan dan tunjukkan jalan. Terima kasih :) Driving ke sana takde la jauh sangat. Dalam 30 minit dari Pandan Indah je. Bergantung pada keadaan jalan lahkan.


Its a first time Farah duduk disisi pengantin perempuan disaat beliau tengah nerbes duduk di tepi menanti untuk bertukar status. Haritu masa jadi pengapit pun takde la attend nikah ceremony. Time tu rasa lah segala bagai perasaan yang bercampur baur bagai kita pulak yang nak kahwin. Haha. Tak sangka pulak bila duduk kat sebelah pengantin boleh jugak rasa macam tu. Kongsi debaran agaknye :P Ketika itu jugak, abang pengantin perempuan buat kejutan yang kami juga terharu melihatnya. Abang pengantin sendiri yang melakukan akad nikah untuk adiknya. Terharu ya amat :') Sebab kawan Farah ni tak tahu langsung abang dia akan buat sendiri akad tu, ingat kan abang dia serahkan kat tok kadi seperti biasa yang orang lain buat.


 Dengan sekali lafaz, Rozaida sah menjadi isteri kepada Muin.


Alhamdulillah, sorang lagi kawan dah kahwin.. Ha, about her dress. Farah suka sangat-sangat! Tak tahu kenapa, malam balik dari tempat tu. Mimpi nikah pakai baju tu :P The End of Story...

P/s : Siapa tahu jodoh kita dengan siapa dan bila ia akan datang. Ia dah tertulis disaat kita masih dalam kandungan ibu kita :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post