Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Hot Spring Sungkai, Perak
Isnin, 17 Disember 2012 @ 12:31 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Macam mana dengan hari minggu kawan-kawan sekalian? Dapat rehat secukupnya tak? Yela, dah bekerja seminggu, mestilah rasa lega kan bila dapat rehatkan diri pada hujung minggu. Ada juga yang attend wedding kawan tak pun pergi jenjalan dengan keluarga. Macam Farah, minggu ni giliran Farah spent time dengan family. Seperti yang dirancang, kami sekeluarga pergi ke Hot Spring Sungkai, Perak. Bukan kami sekeluarga je. Malah semua makcik pakcik yang juga adik beradik ibu pergi sekali. Semua sepupu sepapat datang untuk cukupkan korum. Pergi sana kesemuanya 7 kereta. *Macam nak pergi hantar rombongan pulak kan* 


Sungkai Hot Spring ni terletak dalam Felda Klah. So, banyak la homestay dan juga resort Hot Spring Sungkai tu sendiri kalau nak tidur or bercuti kat sana lama-lama. yela, hot spring ni best kalau berendam time malam-malam. *Teringat pulak kenangan dekat Hot Spring Gadek, Melaka*

So far, Hot Spring Sungkai ni ohsem giler. Bayaran masuk pun tak la mahal. Murah je. 
Kanak-kanak = RM 8
Dewasa = RM 12

Nak tahu kenapa Farah cakap kat sini ohsem? Sebab kat sini sediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Tak kira la pengunjung yang dah pun menginap kat resort tu atau pun pengunjung yang datang semata-mata untuk bermandi manda kat sana. Dari tempat menukar pakaian yang selesa, sehinggalah surau yang terjaga. Which is, telekung yang disediakan bersih dan tak kotor macam sesetengah tempat. *Eieww* Pakaian bersolat sewajibnya bersih. Betul tak?


Dekat sini ada macam-macam tempat nak mandi. Even Private Jacuzzi pun ade. Tapi kami tak masuk lah kat situ sebab dengan family kan. Kalau dalam mood honermoon sangat lah sesuai ke sana. Hehe. Dekat sini ada tempat mandi mengikut suhu. Ikut citarasa masing-masing dari 100oC - room temperature. Tapi yang 100oC tu bukan la untuk mandi. Untuk suhu 100oC tu, untuk merebus telur. Haa, jangan ingat dekat korea je ade kolam air panas dengan telur rebus. Kat Malaysia pun ade jugak tau. So, kalau nak feeling-feeling macam dekat korea tu. Bole la datang sini. Hehehe

Selain tujuan kami datang kat sini untuk bersuka ria bermandi manda. Kami juga celebrate ulang tahun yang kedua bagi anak buah kecik kami ni :)


Sebelum balik, kami meninjau tempat ni buat kali terakhir. And guess what kami terjumpa kawasan punca air panas dan satu pondok yang bole jadikan tempat sauna tau. Super best! Macam tak nak balik pulak rasanya 
:P


Last not least, even mandi manda sampai terendam skali C3 kesayangan. Semua kenangan kat sini takkan dilupakan. Kalau diajak lagi ke sini, memang takkan di lepaskan. So, sape-sape nak ajak Farah ke sini? Jom jom jom...

p/s : Kena carik phone baru :'(







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post