Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Percutian selepas sekian lama ber office girl
Jumaat, 26 Oktober 2012 @ 6:57 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Selamat hari raya Aidiladha buat semua pembaca blog ni. Alhamdulillah ade jugak yang sudi menbaca. Raya kamu semua macam mane? Meriah atau tak? Yela, sesetengah kita kurang semangat nak beraya korban ni berbanding raya puasa. Tapi, bagi sesetengah pula, exited. Malah lebih meriah dari hari raya aidilfitri. takpelah, asalkan masing-masing boleh memahami erti sebenar hari raya korban tu. Untuk entri kali ni Farah nak cerita pasal 'honeymoon' Farah hari tu. Honeymoon? hehe. Bukan la, bercuti je. Mane boleh honeymoon, kahwin pun belum lagi. hehe. Okay lets start now :)

Sebuah cerita yang perlu diceritakan dengan penuh kegembiraan. 

Pagi-pagi bangun dengan muka keterujaan sebab membayangkan keindahan percutian yang bakal dirasai. *Tetiba pulak pagi tu bangun awal kan semata taknak tertinggal bas* Cuci muka, gosok gigi terus ke dapur sebab nak bekalkan sarapan untuk perut-perut staff kfc yang lapa kat dalam bas. Hehe. Homemade sardine sandwich on the go. Simple dan cepat. *Tak reti masak, itu je la yang mampu kan :P* Nasib baik 'cuti', dapatlah masa untuk bersiap a.k.a bersolek sebelum gerak. Maklum lah gadis melayu terakhir. Hahaha*perasan!*

Sampai je sana, semua dah get ready dengan beg masing-masing. Plus bantal wajib pulak tu kan. Hehe. Daftar dengan urusetia, dapat warna group telematch terus je naik bas laju laju. Nak dapat tempat duduk sebelah tingkap punya pasal. Penuh niat sebab nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Hijau je memanjangkan. Tapi hampeh, sebab cahaya matahari tengah rancak menyinar. Terpaksa la tarik langsir. Postpone tengok view balik KL nanti.

Sampai je kat negeri darul aman tu, kami terus je check in hotel yang disediakan oleh syarikat. Nak tau tak kat hotel mana yang kami menginap?? Taraaaa

Presenting Holiday Villa, Cherating :)


Suasana perkarangan hotel pun da cukup cun. Almaklumlah belum pernah lagi menginap mana-mana hotel mahupun hotel bajet. Macam ni lah. Exited lelebih..hehe


Nak tengok view kitorang?

Time ni on the way untuk lunch. Macam rombongan cik kiah pulak kan ;p
Beratur jangan tak beratur


Suasana hotel bole dikatakan superb! Apetah lagi bilik dye kan. Okay okay, stop puji pujian pada hotel ni. Tapi kalau ade yang nak pergi honeymoon tu. Farah memang sarankan lah ke sini. Syokk! :P Lepas je lunch kitorang check in bilik. Rehat rehat lepas tu get ready untuk telematch. Telematch ni la yang paling Fara tunggu-tunggu. Yela, dapat satu team dengan Puan Jamalia. Memang happening lah kan.

Lompat-lompat tersangkut tudung, nampak sangat kurang expert..haha


Memang pesen kaki senget ke ape? Perlu diubah tu. hahaha

Okay, ini tak kelakar!


Alhamdulillah, lepas tempuh semua tu. Team kami dinobatkan tempat kedua. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya menang jugakkan :) Lepas telematch, majlis yang ditunggu mestilah dinner. Tema ala beach. For sure its time for cantik cantik. hehehe. Untuk dinner ni, takde la banyak keluar duit. boleh dikatakan tak keluar duit langsung lah. Semua selongkar kat wardrobe je. nasib baik dinner dulu pakai dress ala-ala dress tepi pantai. Save sikit duit kan. Tapi stail pakai takde la same dengan dulu. Ubah la sikit. Tak la nampak baju recycle. Betui tak?




Opsss, ni kalau nak volunteer sendiri. Memang tahun depan la jawabnye. Ingatkan cabutan bertuah tu dapat hadiah. Rupanya 'hadiah' kena nyanyi. Menggigil nervous semua ade. Hancur lagu tu Farah kerjakan. Tak kurang jugak yang mengusik. Gelak-gelak sambil nyanyi. Bedal aje asalkan nyanyi kan :P


Our family office. Happening dan sporting. Alhamdulillah, semua kenangan yang ade kat sini tak akan dilupakan sampai bila-bila. Rasa bertuah sangat dapat join dalam family ni. Macam-macam pengalaman Farah perolehi. Semoga banyak lagi pengalaman dan pelajaran yang dapat Farah pelajari sepanjang di sini. Akhir kata, mencuba sesuatu yang tak biasa dibuat adalah satu perkara yang tak merugikan selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi disisi undang-undang dan agama. Apa yang penting dalam setiap perkara adalah niat. Sekiranya niat kita baik, maka baik lah ia. Jika sebaliknya, maka sebaliknya juga hasilnya :)

p/s : Semoga yang berada diperantauan tu baik-baik saje. Haii, da jauh baru nak mengaku. Kalau dulu asik nak mengelak je. Farah farah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post