Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Raya 2012
Khamis, 30 Ogos 2012 @ 7:22 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Macam mana raya? Mesti ramai dah beraya sakan. Undangan rumah terbuka pun pasti melambak. Lagi-lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara esok. Semua orang mesti ambil kesempatan cuti merdeka untuk buat open house. Farah pun dapat jugak beberapa undangan rumah  terbuka ni. Tapi Farah tak dapat nak hadiri sebab kerja. Yela, kerja Farah sekarang bukan macam dulu. Pegi pagi balik malam. Mane sempat nak buat pape. kadang-kadang sabtu ahad pun kerja. Nak buat macam mana, inilah kalau nak cari rezeki kan.Sebab tu sekarang Farah try untuk topup entry yang Farah banyak tinggalkan. Yela, berzaman tak update. Rasa lain pulak nak taip. Kalau kat ofis asik taip nombor. Kat sini taip huruf. Kekok sikit lah kan. hehehe.

Hmm, entry raya. Macam mana nak start ye.. Cerita lapuk dua minggu. Hehe. Okay, raya tahun  ni bole la dikatakan raya yang tak raya. Sebab kami sekeluarga kurang semangat raya. Atas alasan ape pun tak tau la. Yela, kalau dulu. Kuih-kuih ni bila lagi bape hari nak raya. Dah berbalang-balang kat dapur. Tapi tahun ni yang menjadi cuma dapat buat berapa jenis je. Nak beli pun dah raya ke empat baru menggagau mencarik. Sebelum ni, raya pertama dengan raya kedua mesti kena ada kek. Tak kesa kek ape, sampai berjenis-jenis. Tahun ni cuma sempat bakar satu jenis. Itu pun untuk bawa balik kampuung nak bagi kat nenek. Baju raya pun satu hal. Lusa nak raya ni rushing balik keje terus gerak ke Sogo. Itupun shopping rushing. Sempat la amik sepasang baju dengan selendang. Balik rumah puas fikir macam mana la nak belit selendang tu kan. Bole la dikatakan tahun ni tahun raya malas kami. Walaupun kelam kabut, kuih pun banyak pakai kuasa tunjuk-tunjuk. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat jugak pakai baju sedondon purple seperti yang dirancang.



Tahun ni kami sekeluarga cuma dapat balik beraya sekejap dekat kampung sebab ayah kerja shif malam. Nak tak nak Farah kena la drive sepanjang hari untuk pergi dan balik kampung. Takut tu takut jugak kan sebab tak pernah tak tidur pastu drive sampai subuh. Nasib baik takde pape yang jadi. Alhamdulillah juga sebab dapat jumpa semua kerabat, saudara dekat kampung. Tak sangka ramai yang balik tahun ni. Meriah la sikit rumah nenek untuk pertama kali beraya tanpa arwah atuk :')


Ade lagi yang sampai petang. Yes! Family saya memang besar :D

Lepas je seminggu raya, Farah pegi pulak jemputan kahwin kawan Farah. Err, act bukan kawan secara langsung. Tapi kawan kepada kawan Farah. Kawan Farah jugak kan :) Dia lelaki dan kahwin umur 21 tahun. A bit wow to me. Sebab nak jaga anak dara orang bukan senang weh.. Kagum dengan dia sebab muda-muda dah terima tanggungjawab seorang suami. Bukan sikit-sikit punya tanggungjawab tau. Once akad, satu tanggungjawab yang besar dia tanggung untuk membimbing keluarga dia ke arah lebih baik. 

Maksud lafaz semasa akad nikah: "Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”
Copy from facebook

Alhamdulillah, seorang daripada kawan kami dah pun melangkah ke alam perkahwinan. Tetiba terasa pulak diri ni dewasa pulak bila attend majlis kahwin kawan ni. Balik dari kenduri tu. Kami jenjalan sekejap kat Cameron Highlands. Buat pertama kali drive dekat jalan bengkang bengkok dye. Terase diri ni macam drifter lak. Vroom vroom.. Hehe


Jatuh cinta seribu kali pulak tengok gambar ni. Ahaks




Tak plan pulak nak bawak baju kan. Yang lain sume tuka baju. Farah sorang je berayu sesopan mungkin pakai baju kurung. *Grrr* 

So, itu la cerita raya Farah tahun ni. Blogger yang lain macam mane? 

p/s : Interview SPA sangat la no comment. Takde perasaan langsung masa kena interview =_='




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post