Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Pantai Timur ke Selatan - part 3
Ahad, 24 Jun 2012 @ 6:05 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Sambungan entry lagi. Janji kali ni yang terakhir. Mesti da bosan kan asik cerita pasal melancong je, orang lain pun pena jugakkan. haha. Don't worry be happy sebab kali ni entry pendek je, Farah pun penat nak taip banyak-banyak. For sure korang pun penat membaca jugakkan.

Korang mesti pelikkan kenapa Farah pakai kata ganti diri nama pulak. Kalau dulu pakai 'aku'. Semua ni sebab ibu buat kritikan yang agak pedas bagi Farah. "Along, asal kasar sangat dekat blog tu. Main aku kau je. Ingat long, semua yang baca tu bukan umur-umur along je. Kakak, abang, mokcik. pokcik sume ade. Tukarlah..". Tersentap aku sekejap. Haha. Ibu pun baca blog anak dia? Malu-malu..Baiklah, mulai sekarang along ikut ye nasihat ibu ;)

Berbalik pada topik yang asal. Lepas je Farah dan keluarga pegi jenjalan kat Kelantan dengan Terengganu tu. Kami terus ke Johor. Tempat kelahiran ayah dan kesayangan kami sekeluarga. Teringat kat arwah atuk sekejap. *Tear drops. Al-fatihah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kami sampai kat rumah nenek. Penat tu, memang penat. Bayangkan satu hari punya perjalanan. Paling melekat kat minda, itulah kali pertama Farah bawa kereta untuk satu perjalanan yang cukup jauh. *Big clap for me XD 

7 hari di kampung, memang cukup memuaskan. Kalau ada sepupu lagi happening. Biasalah keluarga besar. Kalau berkumpul tu, dah macam kenduri. Itu baru 2 generasi, belum 3, 4. Hehe. Selesai je urusan ayah kat kampung tu, ayah pakat bawak kami jenjalan lagi kat Johor. Sambil-sambil jumpa kawan-kawan ayah yang lama. Ape lagi, exited lah kami 2 beradik. Eh, jangan tak tahu. Johor pun salah satu pusat pelancongan Malaysia tau. Cuma disebabkan ramai tak tahu, tu yang tak fofular macam negeri-negeri lain.

Okay, let photo tell the story :)





Budak gemoks ni perlu diet! Arghh! Nak berat dulu balik :(

Seronoknya kalau kembali ke alam keanak-anakkan. *berfantasi sekejap :P

p/s : Kata orang, lepas bercuti. Badan naik. Kali ni, aku terpaksa setuju dengan kenyataan tu. Damn!

Label: ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post