Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Pantai Timur ke Selatan - part 2
Rabu, 20 Jun 2012 @ 7:55 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Selepas ni life aku dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Takde la duduk rumah je kan. Tapi duduk rumah pun bantu ibu jugak. Bukan melenggang goyang kaki, Jadi mem tak berbayar pulakkan. Pe jadah anak macam tu! Nasib aku tak. (Praise diri sendiri)

Hari tu aku ada cerita yang aku pergi melancong ke Kelantan. Rujuk sini. Erm, melancong ke? Bole la kan, sebab bukan pegi rumah sedara pun, berjalan jugak. Kali ni aku nak sambung lagi cerita perjalanan jauh kami ni.
Rumah MB Kelantan sudah, kawasan bebas cukai pun sudah. Kat mana lagi yee tempat yang kami belum pegi (cakap serupa orang kaya je kan) Hmm.. Ouh yee, Pasar Siti Khadijah! Pasar tu besarr.. Tempat yang sering dikunjungi oleh warga tempatan dan pelancong termasuklah pelancong asing yang tak mahu ketinggalan dengan keriuhan pasar disana. Kat sana memang dengar lah gema-gema peniaga yang memperomosikan barangan mereka dalam longat kelantan. Ade ke pasar macam ni kat negeri lain? For sure lah takdekan. Kat situ lah lambakan barangan dapur, bahan mentah masakan termasuklah ulam-ulaman kampung. Gadis bandar ala kampung macam aku ni memang suka lah kan dengan ulam nih. Tapi aku mana la bole nak borong ulam tuh. Kalau ikut kan nafsu memang nak, semua nak borong. Tapi bila fikirkan balik perjalanan masih jauh. Terpaksa menangguhkan niat tu. Hahaha. Lepas beli sedikit buah, jajan, sebagai buah tangan, kami pun balik lah ke rumah persinggahan. Jangan ditanya penat ke tak. Sudah tentulah penat kan. Mau tak penat, kami berjalan seharian. Dari pagi sampai lah ke petang. Huhu. Puas!


Malam tu, kami berjalan lagi. Haa, berjalan kan. Tak ingat penat pon. Sebab Cik Shima janji nak bawak kami ke satu tempat yang orang kate wajib lah pergi kalau pergi Kelantan ni. Mesti akan orang tanye. Betul ke tak tu tak tahu lah kan. Sebab sampai hari ni takde pulak yang tanye. Hahaha. Tempat tu ialah Wakaf Che Yeh. Bila dengar je nama tempat tu, hati aku nak sangat pergi. Yela, nama tempat pun dah WOW, mesti tempat dia pun WOW. Dalam perjalanan tu, aku membayangkan tempat yang bakal kami pergi tu. Mungkin kah satu muzium yang dibuka waktu malam, mungkin shopping mall tumpuan ramai, mungkin jugak tempat bersejarah tinggalan orang zaman dahulu. Tengah syok berangan, aku tiba-tiba tersedar yang kereta berhenti dekat depan pasar malam. Bila masa sampai, aku pun tak tau. Punya syok berangan kan. Dalam hati aku "Cik Shima mesti nak singgah pasar malam ni, takpe la. Layankan je". Tapi bila Cik Shima sebut je "Ni lah Wakaf Che Yeh". Terkejut aku! Jauh sekali dari bayangan aku. Rupanya pasar malam kat Kelantan ni dipanggil 'wakaf' pastu di ikuti nama kawasan tu. Ooooo. Ber'ooo' panjang aku malam tu..


Wakaf Che Yeh ni dibuka sampai 3 pagi. Gerai pun banyak. Puas lah kalau pergi ke sana. Macam-macam bole beli. Lepas tu kami singgah makan di sebuah restoran yang dipanggil Restoran Rimba. Mungkin restoran ni dipanggil rimba sebab ade pokok menjalar kat atas bumbung tempat makan yang disediakan kot. Tapi best jugak, ala-ala romantik gitu kan, lagi-lagi sambil makan diiringi cahaya lampu malap atas kepala.(Erk, romantik kerr) Haha. Betul-betul rimba tuh.  Ade jugak pasangan yang makan kat situ. Makanan kat situ boleh tahan la sedap. Tahap kebersihan pun oke. (Itu yang diutamakan kan) Sebab Cik Shima sendiri yang pesan, kalau nak makan luar kat Kelantan ni kena hati-hati sikit. Sebab sini pengotor sikit (suara ala-ala nak kua tak nak kua) Haa, bukan aku yang cakap tau..


Esoknya, kami perlu mengucapkan selamat tinggal pada Cik Shima sekeluarga sebab terpaksa meneruskan perjalanan kami iaitu Johor. Tapi sebelum tu kami singgah dahulu di Terengganu sebab masa hantar angah, kami tak dapat nak berjalan kat sana. Antara tempat yang kami singgah, Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal, Jeti PulauPerhentian, Jalan Losong yang penuh dengan keropok losong, dan Rantau Abang. 5 Tempat dalam waktu yang terhad. Sudah tentu terkejar-kejar. Tapi kalau tak buat macam tu mesti tak dapat lagi lah pergi dan tahu tempat-tempat tu kan. Dalam perjalanan balik dari Masjid Kristal, kami terserempak dengan satu bangunan yang cukup unik iaitu bangunan parking. Bangunan parking ni bukan macam yang kita boleh jumpa kat mana-mana. Tapi bangunan ni dilengkapi dengan teknologi canggih yang membuatkan kereta yang disimpan disana seperti berada dalam lift bertingkat. Hebad bukan? Sebagai pelajar engineering, ini sangat mengujakan aku. 


Penat membaca bukan? Jom cuci mata dengan gambar pula :)


Restoran Rimba :)

Masjid Kristal. Subhanallah!



Alhamdulillah, sempat jugak kami solat disini. Ouh ye, inilah juru pandu untuk negeri Terengganu. Pakcik Abu Bakar, beliau merupakan senior ayah masa mula-mula kerja. Sekarang, jawatan dia tinggi tau.

Meet Rantau Abang :) Tapi penyu kat sana menyorok :P

Pantai dia sangat cantik bukan. Tapi ombak dia besar, tak macam kat PD. 

Siapa yang belum lagi pergi Kelantan & Terengganu ni. Apelagi, Jom lah! Jangan nak berangan melancong kat luar kalau dalam negara pun belum habis jelajah kan :)

P/s : Ish, belum habis. Ade lagi part 3.. Hehe






Label: ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post