Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Pantai Timur ke Selatan - part 1
Rabu, 13 Jun 2012 @ 8:15 PTG | 1 Nota cinta comel disini [s]

Baru-baru ni, aku ade mention kan yang aku pegi hantar angah daftar UiTM. Jauhkan adik aku tu merantau pergi menuntut ilmu. Tapi bagus jugak, cemburu-cemburu pun aku dapat jugak berjalan-jalan dengan keluarga tercinta. Bila lagi kan nak luangkan masa berkualiti macam ni. Dari bercuti dengan lelaki yang kita tak tau menjadi ke tak, lebih baik dengan keluarga kan :)

Pantai timur ke selatan, 
Tinggalkan angah untuk menuntut ilmu,
Ada sebab baru berjalan,
Dengan keluarga yang satu.

Haha, pantun 5 saat fikir, amacam? Ok? Pantai Timur ni sinonim dengan negeri Terengganu dan Kelantan. Sebab apa? Sebab dah termaktub di peta dunia, kedua-dua negeri ni terletak dibahagian timur Malaysia. Syukurr alhamdulillah, dapat jugak aku bercuti bersama family tercinta. Selama ni, payah sangat aku nak pergi bercuti macam family yang lain. Dulu lepas cuti sekolah je mesti ada budak yang sibuk bercerita dorang pegi jalan sana lah, sini lah, teringin jugak la nak melancong, even dalam negara pun jadilah sebab cemburu tengok kawan-kawan syok bercerita. Tapi apekan daya, Klcc yang berdiri megah tu pun aku tak pena naik apetah lagi luar dari Kuala Lumpur nih. Tapi takpe, aku faham semua tu bukan sengaja, ibu dengan ayah aku jugak mesti teringin nak berjalan-jalan, makan angin. Tapi untuk keutamaan dan kepentingan anak-anak, terpaksa holdkan sampai la kami besar macam ni. Itu pun tak lengkap sebab angah takde. Anyway, kena jugak berterima kasih kat angah, kalau bukan nak hantar dia, for sure lah kami tak dapat bercuti macam tu.

Selepas angah selesai mendaftar, kami sekeluarga terus bergerak ke Kelantan iaitu tempat penginapan kami yang kedua selepas UiTM, rumah Cik Shima. Cik Shima ni kawan ibu masa kami tinggal di penempatan lama, kiranya jiran aku jugak lah. Dia pindah kat Kelantan pun sebab suami dia ditugaskan ke sana. Terpaksalah kan, ikut suami. Perjalanan kami mengambil masa 6 jam. Ape?? 6 JAM? Iye..jangan terkejut, ini semua gara-gara jalan jem. Okay, baru aku tahu sekarang, bukan KL je yang selalu jem. Tapi Kelantan pun ada, lagi teruk tau. 2 jam terperangkap kat kawasan yang sama. Jenuh aiii. Kalau kat KL, jem sebab kenderaan terlalu banyak pada sesuatu masa. Kalau kat Kelantan pulak, jem disebabkan jalan yang rosak dan satu lane untuk satu hala, haa, kalau kereta banyak macam mana kan. Tambah lagi timing traffic light dia sangat lah lama. Pernah dalam 5 kilometer jugak la aku terperangkap dalam jem, gara-gara traffic light nih. Dalam perjalanan aku ke rumah Cik Shima, aku disajikan dengan pemandangan yang menghijau dari Teregganu lagi, terutama selepas melepasi Rantau Abang. Kawasan hutan paya bakau yang cukup WOW! Cantik sangat kalau buat photoshot kat situ. Pastu dalam perjalanan tak perlu risau dengan tempat solat, setiap beberapa kilometer mesti ada signboard masjid :)

Kami bermalam selama 3 hari 2 malam kat sana. Cik Shima ni pandai sangat layan tetamu, sampai sanggup jadi pemandu pelancong untuk melawat sekitar Kelantan. Kalau nak harapkan aku dengan ayah aku. jenuh la nak mencari jalan plus traffic yang salu jem tuh. Dekat sana, aku sempat singgah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, pusing-pusing bandar, Pengkalan Khubur dan banyak lagi lah. ade jugak kawasan yang aku lupa nama dia. Hehe..

Malam pertama, kami dibawa berjalan-jalan satu bandar untuk melihat kemajuan disana, kami juga sempat singgah kat kawasan muzium. Unik sangat rekaan bangunan tradisional kat sana, terutama yang kat muzium tuh. Kalau aku yang design, jangan harap la jadi macam tuh. Halus sangat ukiran yang ada kat rumah-rumah sana. Disebabkan malam, kami tak dapat la masuk muzium tu. For sure dah tutup, cuma dapat abadikan kenangan kat dalam gambar jela kan.


Haha, selekeh kan.. Err.. Act, aku tak tau pun nak kua malam tu, sediakan baju pun idak kan. Terima jela.. Penat punya pasal, hantam jela. Sape nak tengok. Istilah "jodoh ada dimana-mana" Ditolak ketepi sebentar.

Esoknya, kami dibawa ke Rumah Menteri Besar Kelantan dan kawasan bebas cukai. Haa, part yang kawasan bebas cukai tu yang palinggg aku suka, sebab its shopping time! Aku dah plan kat kepala ape nak beli. Asalnya nak pergi Rantau Panjang, tapi perjalanan pun makan masa setengah hari, nanti tak puas nak shopping pulakkan, so, kami decide ke Pengkalan Kubur lah. Situ pun kawasan bebas cukai, tapi takde lah sebesar Rantau Panjang. Bagus jugak lah pergi situ sebab aku dah merasa dah pergi Rantau Panjang masa lawatan sekolah dulu :)
Even dia tak sebesar Rantau Panjang, kawasan dia boleh tahan jugak. Rambang mata dibuatnya, itu nak ini nak. Kalau boleh semua aku nak lah! Tapi disebabkan fulus tak berapa mengizinkan, have to tutup rapat-rapat ikat ketat-ketat nafsu membeli tuh. Alhamdulillah, semua barang yang aku nak ade dan aku sendiri puas hati dengan design dia. jersey yang aku nak pun ada. Cuma jersey Kechik jela, dia order 2 jenis, tapi dapat cuma satu. Sorry la Kechik ye.. 

Hello semua! Aku dah jejak rumah menteri besar. Aku ada kau ada? (berlagak mengalahkan orang yang dapat jumpa Nik Aziz. Padahal baru jumpa rumah pon.)


Rumah Nik Aziz terbukti cantik dan kukuh (Perghh! panggil dia macam dia tu kawan-kawan je pulakkan). Tapi tak semewah seperti Menteri yang lain. Bagus betul la MB ni, sifat rendah diri. I loike!


Met my lovely couple :) Romantik kan kan.. 

Alhamdulillah, dapat jugak singgah rumah MB, siapa sangka kan, perkarangan rumah MB boleh masuk sesuka hati je. Ni baru la sah aku dah melawat negeri Kelantan kan. Hihi. 

Habis sudah part 1.. Penat dah taip ni, sambung lain hari pulak. 

P/s : Jauh mak aii nak pegi sini. Sure kalau nak datang sini lagi kena siapkan diri sepenuh jiwa dan raga. Penat den oii! Tapi berbaloi :)

Label: ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Ulasan:

Blogger cendol berkata...

waahhh pegi kelantan ! Cendol rndu nak pegi sane! dulu duk sne 5 yrs. and yeah Tuan Guru Nik Aziz mmg mrendah diri..sape2 pn boleh jumpe dy.bkn mcm mb2 lain.dy bagi ceramah pn duk atas tikar je

15 Jun 2012 8:10 PG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post