Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Bersuara lembut kepada lelaki bukan mahram
Jumaat, 29 Jun 2012 @ 10:32 PTG | 4 Nota cinta comel disini [s]

Salam jumaat semua. Hari ni Farah nak buat perkongsian ilmu yang Farah dapat daripada salah satu hobi Farah iaitu membaca. Tergerak hati Farah baca buku ilmiah yang dah lama tersimpan rapi kat almari buku tu. Memang niat baca tu ada. Tapi disebabkan hasutan setan yang terlalu kuat. Malas pun bertambah.Hehe.. Banyak ilmu yang sebelum ni Farah tak tahu jadi tahu dengan baca buku ni.

Baiklah, topik sudah sedia maklum macam kat atas tu. Bersuara lembut pada lelaki bukan mahram. Boleh ke tak tu? Sure ramai yang tak tau. Sebab Farah sendiri pun kurang arif dan pertama kali baca pasal ni. Mungkin jugak ada yang tahu. Takpelah, yang tahu tu sila betulkan apa yang Farah mungkin tersilap kat entry ni yee :)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu semua tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka jangan lah kamu merendahkan suara semasa berbicara sehingga menimbulkan keinginan pada orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkan lah perkataan yang baik." (Al-Ahzab:32)

Dalam firman Allah pun dah berpesan supaya kita tidak merendahkan suara pada lelaki bukan mahram. Ada betul juga. Sebab kalau kita melembutkan suara yang ala-ala manja phuii tu, mesti ada lelaki yang tergoda dan mungkin akan membawa fitnah kepada sesiapa yang melihat. Cuba bayangkan kalau kita melembutkan suara pada bos, mesti ada suara yang cakap "Hai, nak goda bos la tu..Lepas ni keluarla kereta baru" Kalau single mudah mudahan tak mudarat, cuba kalau bos kita tu lelaki orang? Padahal kita takde niat langsung nak goda kan. Tapi hanya dengan perbuatan kita tu. Fitnah melanda diri kita. Siapa nakkan..

So, ambil iktibar dan amalkan. Semoga kita dapat menghindari fitnah yang bakal melanda diri. 

p/s : entry yang takde kaitan dengan sesiapapun. Termasuk yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Sekadar perkongsian ilmu dan pendapat saya :)


Sebagai tanda sokongan, sila la klik :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Ulasan:

Blogger MissFiezahDoitsu berkata...

yeah betul tu.. suara yg seakan2 mengoda hanya mendtgkan slh fhm tq awk berkongsi ilmu :))

30 Jun 2012 3:20 PG  
Blogger farah jamil berkata...

Most welcome :)
sama-sama share ilmu, sampai kan apa yang kita tahu untuk pengetahuan semua,,

30 Jun 2012 11:17 PTG  
Blogger IEQAH berkata...

aishhh pasni ieqahh menn tengking tengking laa ckp dgn lelaki..hehehe

8 Julai 2012 11:16 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

Hahaha..konfem sume larii nanti..

9 Julai 2012 7:52 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post