Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Malam Penghargaan & Pra-graduasi
Sabtu, 12 Mei 2012 @ 6:55 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Ini adalah salah satu entry yang dijanjikan pada entry sini
Alhamdulillah akhirnya tertunai jugak salah satu janji yang ditaburkan itu. Kalau berjanji tapi tak ditunaikan kan payah. Nanti kita yang susah. Betul tak?

Malam Pra-graduasi adalah satu malam yang sangat aku nanti-nantikan untuk tahun akhir aku berada di PPD ni. Sebab apa? Aku teringin nak meraikan diri aku sendiri sebab dah berjaya mengharungi 3 tahun diploma yang penuh pancaroba ini. Malam Pra-graduasi tu ape? Oke, bagi yang tak tahu. Malam Pra-graduasi ni bukalah kita beragam sakan dengan jubah konvokesyen tu. Tak sama sekali, cuma malam tu terdapat acara makan malam yang dihadiri oleh pelajar tahun akhir. Kiranya nak celebrate dorang lah ni. Malam tu boleh nak bergaya sakan, tak kira la macam princess ke, artis ke, yang penting tak lari daripada tema acara tersebut lah. Sebagai bonus, pakaian tercantik akan dianugerahkan dalam title prince and princess of the night. Ala majlis ni sebijik lah macam prom night cuma takde la menari ala prince dan princess tu. Masih mengikut budaya kita :)

Kad jemputan plus number lucky draw. Mari kita lihat sapa yang kena :P

Biarpun majlis tu aku nanti-nantikan, sejujurnya aku sangat tak ready dari segi baju yang kena pakai. Yela, kate exited tapi tak prepare. Bukan ape, aku sendiri pun tak pasti nak pegi dengan sape. Yela, macam prom night, mesti nak date kan. Macam kat entry sini , itu pun terpaksa tumpang pre-grad orang lain, tak kesa la kan yang penting, enjoy!. Kalau pegi majlis sorang-sorang mane syok meh. Selepas mengadu domba dengan kawan baik saya, akhirnya beliau bersetuju :)

Meet my date :)

Amina Hanna 
Perempuan? Haha, tak semestinya kena lelaki kan. Itu pun aku da berbesar hati da dia ikut. 
Niat dihati mesti la orang lain, tapi not fated la. :')

Ramai jugak lecturer yang hadir..
ini baru sikit, ade lagi kat meja dah tu..

Dalam happy-happy kat majlis ni, aku ade jugak rasa segan+malu+takut pun ade, sebab 'mr. eye' ade kat situ. Argghh! Why he here?? Aku sangat tak sangka pun he will come, dengan awek pulak tu *patah seribu*

'Mr.eye' tu ade kat bawah ni, try la figure out :P

Hari dalam sejarah, sebab aku karaoke depan umum! Oke jujur, kurang takut sebab ade yang teman :P

Dapat hadiah pulak tu kan, sape tak nak. Hehehe
monolog "Sape la pandai-pandai amik hadiah aku tu..shy enough! :P"



Sebenarnya, hadiah tu aku punya, ni hadiah untuk 'princess of the night'. Agak-agak layak tak? Jujur tak expect langsung sebab ramai lagi yang cantik. Lagi-lagi dengan baju yang sangat tak ready, main rembat je kat wardrobe. Tapi, memang tepat la dengan tema 'penampilan yang melambangkan personaliti'. To those yang tak kenal saya, inilah saya :)

Okay, gambar ni sumpah tak ready sebab Cik Nuraini ni tiba-tiba datang n peluk aku semata nak amik gambar. Ya! Ini lecturer saya yang sangat sporting. Untuk makluman dia masih single oke :)

Banyak pengalaman aku tempuh, ini adalah salah satu memori yang indah untuk aku simpan sebagai kenangan di PPD. Terima kasih buat semua :)

p/s : Selekehnya baju..macam mane la bole menang kan =_='
p/s/s : Awak kate nak tengok sangat gamba ni. Sorry lambat update.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post