Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Result UPU dah keluar
Selasa, 8 Mei 2012 @ 12:41 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Maaf semua, belum satu pun entry yang dijanjikan keluar. Bukan apa, hati masih belum nak update cerita yang gembira. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni jiwa seakan kosong. Seakan kehilangan sesuatu. Ape yang hilang tu masih belum diketahui lagi. Mungkin dua tiga hari lagi, perasaan ni akan ok. 

Btw, bagaimana dengan keputusan adik-adik yang lahir pada tahun 1994? Universiti/Politeknik/Matrikulasi yang mana ditawarkan dan menjadi pilihan hati kepada adik-adik sekalian? Mesti ramai yang suka dengan apa yang diperolehi, dan ade yang bersedih sebab tak dapat apa yang diminta. Jangan bersedih adik-adik ku semua. Setiap apa yang diberikan pada kita merupakan takdir yang ditentukan untuk kita dan setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebab itu juga ayat yang membuatkan aku kuat menghadapi ujian yang diberikan. Gagal hari ini bukan beerti gagal selamanya, yang penting kita kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan kehidupan masing-masing. Bagi yang berjaya, jangan riak dengan apa yang dikecapi. Perjalanan masih lagi jauh, belum tentu berjaya sekarang akan berjaya selamanya. Ape yang penting kita kena sentiasa berusaha.

Angah juga telah ditawarkan matrikulasi dan universiti yang bagi aku sangat bagus untuk dia dan kedua-dua tawaran tersebut merupakan minat yang dia simpan sejak dulu lagi iaitu bidang kejuruteraan elektrik. Aku harap adik lelaki aku sorang ni dapat la pilih tempat belajar yang sesuai dengan jiwanya. Sebab dia yang akan melalui hidupnya. Bukan aku, ibu mahupun ayah. Tapi diri angah sendiri. Yang penting biarlah satu keputusan itu, tidak menyusahkan orang yang berada disekeliling kita. betul tak?

Akhir kata, semoga berjaya dalam kehidupan yang mana anda sendiri yang memilihnya. Jangan lari dari kenyataan, dan jangan lari dari masalah. Hadapinya dengan tenang dan bijak. kerana setiap langkah yang diambil mempunyai kesannya yang tersendiri.




p/s : Mood motivasi sikit. Untuk awak juga semoga berjaya dalam hidup. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post