Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
DP facebook bertukar kerana mereka
Rabu, 16 Mei 2012 @ 9:56 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]


Malam tadi bukak facebook dengan tenang dan sunyi sambil ditemani dengan instant messenger dari kawan-kawan. Tiba-tiba terkejut dengan apa yang keluar dekat news feed. Apakah maksudnya? Kenapa ramai yang guna? Soalan tu bermain-main di minda. Terpaksa la menggooglekan diri untuk tahu ape yang terjadi.

Nak tahu apa yang aku jumpa?

Terkejut aku bila tengok semua orang tukar DP jadi icon muslim muslimah yang bertutup mata. Terpinga-pinga jugak la, ingatkan ade kartun baru. Rupanya benda lain. Nampak sangat aku ni tak tahu pape kan. Tak ambil tahu hal dunia langsung! huhu

Rupanya pasal benda kat bawah ni

...........................................

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! 

..............................................

Ouh, patut la ramai orang tuka gambar. Sampai kadang-kadang aku terkeliru sebab gambar DP dorang sama. Bukan 2-3 orang pakai gambar yang sama, 5-6 orang jugak lah. mana la tak terkeliru. Tapi takpe, niat dorang semua baik. Aku pun tak dapat nak berjuhad macam saudara kita kat luar sana. Apa yang aku mampu, cuma berkongsi maklumat dengan korang semua. Aku tak tuka DP sebab takut ramai keliru. Tapi aku membantu berkongsi maklumat dengan semua. Diharapkan saudara kita yang berada disana kuat untuk menjalani hidup mereka.

p/s : Keadaan ni buat aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna tanpa peperangan seperti mereka. Ya Allah, lindungilah mereka dari bencana dan siksaan yang tidak tertanggung itu, berikan mereka kekuatan dan ketabahan. Limpahilah keberkatan dan keredhaanMu. Amin~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post