Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Kemalangan maut di Politeknik Port Dickson
Sabtu, 18 Februari 2012 @ 2:45 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Kejadian berlaku : 17 Februari 2012 (Jumaat)

Salah seorang pelajar Politeknik Port Dickson terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan besar yang berhampiran dengan pintu masuk Politeknik tersebut. Kejadian itu terjadi pada lingkungan 1-3 petang hari tersebut. Pada kejadian itu, kakak pelajar yang memandu proton saga dipercayai baru sahaja mengambil adiknya untuk pulang ke kampung halaman kerana cuti pertengahan semesta yang baru sahaja bermula. Kereta yang dipandu oleh kakak pelajar itu dilanggar oleh lori simen yang dipercayai ke arah Pasir Panjang. Pelajar tersebut mengalami trauma manakala kakak pelajar tersebut tersepit patah tulang selangka kiri dan kanan. Kakak pelajar itu meninggal dunia di hospital. Oleh itu, para pelajar dan juga penduduk tempatan berharap agar keadaan persimpangan dan jalan tersebut dibaik pulih. Penggunaan traffic light amat diperlukan kerana kejadian seperti ini mungkin akan terjadi lagi. Ini juga merupakan kemalangan yang ketiga yang berlaku dalam minggu tersebut. Takziah buat keluarga mangsa, Al-fatehah.


Sumber : facebook dan juga pertanyaan kawan-kawan.

p/s : sebagai student kat sini pun, aku takut nak lalu simpang yang besar tuh.
p/s/s : Kesian pada student tu, mesti cuti seminggu ni adalah cuti yang paling dia tak dapat lupakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post