Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
perbentangan projek (proposal)
Rabu, 11 Januari 2012 @ 11:25 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, akhirnya setelah bersusah payah dalam menjalan kan projek, akhirnya hari ini para panel telah menerima tajuk untuk kami jalankan projek akhir kami. Untuk makluman semua, aku buat kajian kes, bukan membina produk baru. Oleh sebab itu, tajuk aku ni agak susah untuk diterima oleh panel yang bertugas. Untuk langkah berjaga-jaga aku dan ahli kumpulan cuba untuk  membuat ujikaji yang berkaitan. Ini bermakna aku dah pun menjalankan kajian dahulu sebelum tajuk yang bakal dibentangkan diterima oleh panel. 

some picture in MICET :)



nampak tak betapa kusutnya saya :)



Mungkin agak mengambil risiko (bukan agak, tapi memang!) tapi itu lah yang kami lakukan. Ini lah yang aku alami sejak semesta lepas. Bayangkan lah betapa banyak tekanan yang aku alami sem lepas. Okay, lupakan yang itu, so, dipendekkan cerita, kajian yang kami jalankan dah mencapai dalam 70% sebelum perbentangan dilakukan. Kiranya, kami dah faham dengan apa yang kami hendak lakukan dan terangkan pada panel (satu benefit disitu). 

Pagi tadi hari perbentangan kami, malam tu kumpulan aku bersungguh-sungguh kemaskan lagi kami punya power point, untuk mendapat markah yang terbaik untuk presentation esoknya. Walaupun semalam aku tak cukup rehat disebabkan malam semalamnya aku lewat tidur (buat assignment) dan kelas yang sangat pack (dari pagi sampai magrib). Aku kuatkan jugak untuk bekerjasama dalam perbincangan malam tu. 

Alhamdulillah, perbentangan tadi berjalan dengan lancar :)

Tapi satu benda yang agak mencabar minda untuk kami apabila ditanya mengenai cara menyelesaikan untuk kajian tu. Maaf puan, puan tak baca ke? kami hanya buat kajian. bukan penyelesaian.. *Hanya dalam hati yang mampu..hehe

Nasib baik salah satu ahli kumpulan iaitu Mira dapat menjawab soalan tu.. (Thank Allah!) Sudah tu, kami diminta untuk buat satu prototaip untuk penyelesaian tu. Berfikir jugak lah kan, sebab banyak dah kami laburkan untuk kajian tu. Tapi, kami akan berusaha juga untuk mencari jalan yang paling murah untuk menyiapkan penyelesaian tu.. (hopefully ade). Bak kata penyelia projek kami : "kalau kamu semua dapat buat prototaip tu, peluang kamu untuk mendapat A amat cerah!". Berbunga seketika hati ni..

Aku sangat berharap group kami dapat menyelesaikan semuanya dan mendapat keputusan yang baik. Aku jugak rasa yang penyelia aku pun berharap kumpulan kami menang kot, sebab kebanyakan 'anak jagaan' dia  menang untuk peringkat Politeknik dan pernah sampai ke peringkat kebangsaan.

p/s : Perempuan => kalau hati dah sayang, susah nak kata benci
lelaki => ......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post