Cerpen ala Novel : Suara Hati #1
Rabu, 25 Januari 2012 @ 12:20 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]
“Kenapa semua ini terjadi pada ku” kata-kata itu terpancul keluar
dari bibir mungil Alia.. semua pelajar kejuruteraan di dewan kuliah memandang
ke arahnya..
“ Alia Natasha Binti Abd Halim, ada apa-apa masalah?”soal Pn.
Maimunah. Aku mula menyedari bahawa persoalan yang bermain-main difikiran aku
tadi telah terkeluar daripada ruang fikiran aku. “Tiada puan. Maafkan saya.”
Sambil tertunduk malu. Entah kenapa akhir-akhir ini aku seperti teringat
kembali pada insan yang bernama Muhammad Haikal Hakimi. Cinta pertamaku
ketika zaman persekolahan dulu.
“Awak mungkin bukan yang pertama bagi saya, tapi saya pasti awak
lah yang terakhir”kata Haikal dengan nada yang lembut.
Itu lah kata-kata yang telah membuat Alia terpesona dengan Haikal.
Bahkan sejak pertemuan pertamanya dengan Haikal itu juga hatinya telah terpaut
dengan tutur bicara lelaki itu yang sangat tersusun dan sopan. Hampir setiap
hari jugalah Haikal memberi Alia kad hasil daripada kretivitinya sendiri. Disaat Alia sakit, Haikal sering memberi perhatiannya kepada
Alia. Sikap Haikal yang prihatin itu telah membuatkan Alia mudah jatuh hati
kepadanya. Pada waktu itu, Alia
merasakan bahawa dialah perempuan yang paling bertuah di dalam muka bumi ini.
dan pada waktu tu juga, Haikal menyunting Alia untuk menjadi teman wanitanya.
Walaupun, hubungan Alia dan Haikal ditentang keras oleh rakan-rakannya, Alia
tetap bertegas untuk meneruskan hubungan itu. Namun kebahagiaan mereka tidak
berpanjangan, Haikal memutuskan hubungan yang tak sampai 2 bulan itu dengan alasan
dia menemui perempuan lain. Hidup Alia sangat ‘down’ sehingga peristiwa itu
mengganggu tumpuan belajarnya, apatah lagi apabila Alia mengetahui bahawa teman
wanita Haikal yang baru itu merupakan junior yang pernah rapat dengannya suatu
ketika dahulu. Sejak dari hari tersebut, Alia tidak lagi mempercayai lelaki
yang cuba untuk mendekatinya dan apabila perlu berhadapan dengan junior di
kampusnya, Alia seakan-akan membenci mereka.
“Alia!
Tunggu aku. Jangan la laju sangat jalan tu” tercungap-cungap Fatin yang cuba
mengejarnya. Fatin hairan selepas kejadian di kelas Pn. Maimunah, Alia
seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri. Sedangkan Alia yang Fatin kenal
merupakan seorang pelajar yang periang dan tidak pernah Fatin melihat Alia
bermurung seperti itu, Fatin yakin Alia mempunyai masalah yang tidak pernah
Alia ceritakan sebelum ini.
Setibanya di
kolej, Alia terus menghempaskan diri di katil yang tersedia kemas dan teratur.
Ini kerana Alia merupakan seorang pelajar yang rajin mengemas walaupun jadual
waktunya yang padat, ada kalanya katil Fatin yang merupakan rakan sekuliah dan
sebilik turut dikemas olehnya. Alia termenung, berfikir mengenai kejadian tadi.
Tidak sepatutnya Alia bersikap begitu sedangkan pelajaran tadi merupakan subjek
yang paling diminatinya sepanjang semester tersebut berlangsung.
“Ini semua
gara-gara Haikal!” Alia membalingkan bantal berwarna pink kesukaannya di sudut
bilik tanpa menyedari Fatin memerhatinya di pintu bilik mereka.
Fatin
perlahan-lahan mendekati Alia. “Alia, kau ada masalah? Cuba kau ceritakan pada
aku, mungkin aku boleh bantu. Kalau aku tak dapat bantu, sekurang-kurangnya
dapat melegakan tekanan yang kau simpan ni” Alia memandang Fatin dengan matanya
yang bergenang. “Patutkah aku menceritakan perihal Haikal kepada Fatin?”bisik
hati Alia.
p/s : cubaan pertama, tak tahu lah menjadi ke tak..Tunggu sambungannya :)
p/s : 100% from Siti Norfaraheen.. no copycat!
| Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
0 Ulasan:
Catat Ulasan