Ramadhan terakhir di Poli [Day 4]
Jumaat, 5 Ogos 2011 @ 9:57 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s] *Makluman..ini entry untuk semalam hari ni (semalam) sangat lah bz mengalahkan menteri.. dengan berbekalkan tenaga yang sedikit, puasa lah katakan..aku dengan gigihnya ke kelas..sebelah petang pula berhadapan dengan lab hidraulik yang sangat best! aku minat sebab dapat belajar pasal empangan dengan tekanan air :) selepas tu aku dan kumpulan aku, diWAJIBkan untuk berjumpa dengan penyelia projek kami untuk membincangkan tajuk yang telah kami hantar hari tu..jumlah tajuk yang kami hantar adalah dalam 5 tajuk.. dan yang mendukacitakan, kesemua tajuk diREJECT oleh penyelia kami..dengan alasan :- - tak ada syarikat sokongan untuk projek - tak ada senarai pembekal bahan - tajuk tak berkaitan dengan civil engineering - kajian kes tak diterima pakai untuk tahun ni memang down perasaan masing-masing, yang lagi mendownkan perasaan kami.. kami terpaksa menghantar proposal tajuk projek yang baru dalam format penuh dan ada detail pasal projek kami termasuklah senarai pembekal untuk bahan yang kami kaji tu. yang paling best, hantar selewat-lewatnya besok (hari ini).. iye..B.E.S.O.K means kami kena cari tajuk baru..siap lakaran projek, senarai pembekal, jumlah kos, dll dalam masa tak sampai satu hari.. masak lah kami..... menu berbuka pun tak membangkitkan selera aku untuk hari ini (semalam).. harap-harap aku dapat balik pandan Indah besok..(hopefully) p/s: minggu depan pulak penuh dengan test, quiz, assignment dan presentation.. bayangkan lah test, presentation, quiz, assignment dalam satu hari..perghhh..
| Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
0 Ulasan:
Catat Ulasan