Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
fuuhhhh fuuhhh.....
Isnin, 22 November 2010 @ 5:00 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]




Pejam cilik pejam celik. Tak sangka da lepas pun Hari Raya Aidiladha. Tapi tak terlambatkan nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang masih ada di luar sana tuu.. sedar tak sedar, da lame aku tak bukak lappy.. bole tahan jugak aku ni.. haha.. kalau dulu, memang pantang  tak bukak, setiap saat lah disisi. Bukan ape, bila da ade kat rumah ni susah nak dapat rehat. Lagi-lagi kalau ibu glamur aku ni, bela anak-anak yang sangat la ‘baik’, sampai tak menang tangan aku dibuatnye. Sabar je la ye cik Nah oii.. bila tak bukak lappy, dengan automatiknye aku tak on berukband and on blogger. Dan secara tak livenya, aku tak update entry yang baru. So berkepuk-kepuk la blog aku ni dengan sawang-sawang yang  tak sepatutnye ade kat sini. Kesian kamu wahai blog, meh sini meh, mak bersihkan kamu, wangi-wangikan kamu… fuuhhh fuuhh, syoh syyoohh, pergi la jauh-jauh sume kotoran..

Pada tanggal 19 nov, tahun 1991 bersamaan hari selasa. Telah dilahirkan seorang puteri kepada En. Jamil dan Pn. Rosedah yang diberi nama Siti Norfaraheen yang bermaksud ‘cahaya kegembiraan’ agar dapat menggembirakan semua orang yang berada disekelilingnya. Dan pada tarikh yang sama tetapi pada tahun yang berbeza, iaitu, 2010. Anak En. Jamil dan Pn. Rosedah ini telah membesar dengan jayanya yang kini berumur 19 tahun. Siapakah gadis ini?



Hehe. Sudah tentu semua da tahu bila sebut anak Jamil je kan. Mesti lah saya sendiri. tak sangka, da tua jugak aku ni. (da bole kawen anak Jamil ni kan, kihkihkih) dengan umur yang da meningkat ni, aku kene la sedar-sedarkan diri ni. Ta maw bangun lewat lagi, ta maw manje-manje lagi (manje je bole.haha), ta maw degil, ta maw comot-comot, mesti jadi wanita yang bermuslimah (wah gitu kan..) banyak azam aku lagi niyh, tapi ta nak la show off. Nanti kate cakap je lebih kan. Yang pasti, aku akan berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi  wanita.

Oh yea, 29 nov nanti, aku start L.I, latihan industri a.k.a praktikal. Atoii, sebut je L.I, perut aku yang tadi sedap-sedap je, tibe-tibe, jadi tak keruan, bergelodak dengan kencang nye. Takut bila pikir macam mane nanti, dapat ke aku jalankan semua tanggungjawab dengan baik. Risau aku dibuatnya. Doakan la ye aku ni selamat menjalani latihan industri dengan jayanya. Mintak-mintak la dapat buat betul-betul, mane la tahukan. Kot-kot dapat tawaran kerja terus kat sane. Terjamin siket mase depan aku lepas graduate nanti. Tyme ni la mase nye kena bukak semua note-note yang dah dipelajari selame setahun setengah ni. Hope ingat bila ditanya tyme praktikal nanti. Tak ade la asik jawab tak tahu je kan. Buat rosak aku punye markah je. Tapi, yang mengembirakan, tak payah sibuk-sibuk nak pegi kelas, tak payah nak pening-pening buat assignment, tak payah nak perah otak nak menghafal formula untuk test n kuiz. Tak payah nak tension kan pale otak ni untuk fikir pasal final.

Boleh la bersenyum panjang setiap hari…wee~

Haaa.. dengar cerita, 26 nov ni, keluar result. Adoii, ni lagi satu yang buat aku rae sihat tak sihat je ni. Takut la pulak dengan result sem ni, rase tak yakin je. Muda-mudahan, result aku tu oke kan. Sedap siket mate memandang, sedap jugak ibu ayah tengok result aku. Doa-doakan la yeaa…

Label: , ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post