Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Konvokesyen Diploma PPD
Rabu, 3 April 2013 @ 12:28 PG | 2 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah.. Syukur..

Ingat lagi tak entry mengada bajet dah konvo padahal tak tuh. -Click Here- Mengada sangat kan. Haha. Tapi kali ni entry bukan mengada dah. Kali ni entry betul betul punye. hihi. Entry pasal ape?

Ehem.. *Sambil betul-betulkan tekak persis orang nak berucap*
Nampak mengada dah. Haha. Okay.

Dengan bangganya, saya Farah Jamil owner kepada blog ini ingin mengumumkan bahawa *Treeeeenggg drum suspen* SAYA DAH RASMI KONVO!



Yayy! Alhamdulillah. Berkat kesabaran akhirnya dapat jugak merasa genggam sijil yang dicita-citakan. Satu langkah pendidikan dalam hidup Farah dah pun lepas. Lepas ni era degree pulak, mohon dapat. Aminnnn

Banggakan kedua ibu bapa? Sudah semestinya, ini adalah antara hadiah yang paling Farah nak bagi kat parents Farah. Maklum lah Farah ni antara anak yang degil dan kurang mendengar kata. Sedikit sebanyak ade jugak yang nak Farah sumbangkan dan bagi sikit kebanggaan dorang pada Farah :)


Majlis ni jugak dapat buat Farah jumpa balik kengkawan lama yang dah berbulan tak jumpa. Alhamdulillah, masing-masing sihat dan mempunyai pencapaian masing-masing. Ada yang dah berkerjaya, sambung belajar dan ade jugak yang tengah busy prepare untuk mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Seronok rasa hati tengok kawan-kawan. Yang palingg besttttt skali, mesti lah dapat konvo sesama dengan insan tersayang iaitu Cik Amina Hanna kita nih. Yayy! Kita konvo dah! Lepas segala yang kami tempuh bersama, jatuh bangun. Akhirnya dapat jugak peluk cium tayang sijil diploma ni sesama. Sape tak suka bila dapat konvo dengan kawan tersayang kan. Heehe.. tak lupa juga dengan Mira yang dah bersama sepanjang 3 tahun belajar. Alhamdulillah, syukur. Tahniah korang!


Walaupun takut-takut nak konvo, tapi tipu lah kalau kata tak seronok konvo. Jujur, ini lah moment yang paling indah dalam hidup Farah. Rasa macam nak ulang je moment nih. Hahaha.. Lagi special rasanya bila sepupu yang dianggap abang kandung pun datang masa konvo. Terharu plus sebak lah. :P Terasa dihargai sangat sebab ramai yang meraikan hari special nih.


Last but not least, Bahagia bila melihat keluarga dan teman tersayang bahagia :)

Saya kini bergelar graduan pada umur 22 tahun. Di majlis konvokesyen yang ke 22 dan pada 22/03/2013.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Ulasan:

Blogger Ieqahgajah berkata...

Congratsss awak ^^

3 April 2013 pada 12:47 PG  
Blogger farah jamil berkata...

Thanks Ieqah sayangg. .Nak bungaa!! hehe

5 April 2013 pada 9:51 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post