Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Majlis Hari Raya Mutiara Jcob Sdn Bhd
Khamis, 20 September 2012 @ 9:29 PTG | 1 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, raya dah habis. Hari Malaysia pun sudah. Tapi, blog Farah ni masih lagi dengan suasana raya. Awat nih. Haha. Ni sume gara-gara owner blog yang tak bertanggungjawab a.k.a kurang rajin nak menghias :B Ngeh ngeh *Sengih kerang busuk kejap* Dun worry be happy, tak lama lagi rajin la. Yela, sape sanggup biakan blog tersayang ni terbiar lama-lama. Tak baik tu tak baik tu. Hari ni baru je lepas sesi mengelap air mata plus air hidung, sebab salah sorang setap payroll dah pun meresignkan diri dia. Bukan sebab apa, sebab nak sambung belajar. Bukan sebab yang buruk. Ish, tak baik tau fikir bukan bukan. Disebabkan dia jugak kawan sediploma dulu. Sedih tu terasa banyak la jugak. Sobsobsob... Ishh, itu cerita next entry! Motip utama nak hupdate ini belog sebab nak cerita pasal majlis hari raya Jcorp Sdn Bhd.

Kita start dengan gambar permulaan entry. 
Mood = exited nak pergi Johor *tanpa risau duduk dalam bas selama 4jam =_='*


Majlis tu berlangsung pada 14 september bersamaan jumaat yang lepas. Bila cakap hari jumaat, maknanya orang lelaki tak dapat la join sebab majlis tu start pukul 2 petang dekat JB. Kami kami yang dari Kl ni kena la bergerak awal. Sebab tu orang lelaki tak dapat join*Fuhhh, legaaa* kalau tak kitorang mesti tak dapat pegi. Biasalah lelaki ni pantang kalau ade majlis makan free. Yee dak? hehe Dari Kl, kami naik bas 'kontot moden'. Ala bas yang panjang sikit je dari bas mini. Bole la kan dari takde. Tidur, bangun, tidur, pasang earphone denga radio, tidur, bangun selama 4jam perjalanan pergi ke Jb. Perghh letih tak hingat. Sakit sakit badan. Krem sebab terlalu lama duduk. Hadoii. Tapi, bila sampai je depan bangunan Persada Convention Centre. Terus hilang lenguh. Semangat nak posing lebih. Hahaha. Itu mesti lah wajib :P



Sampai je kat Persada Johor ni, tak salahkan kalau posing sepam dua :) 



Masuk je kat dalam dewan tu terus meluru kat meja betul-betul sebelah meja bufet. Alasan senang nak ambil makanan. Nampak yee motip utama kat siteww. Tapi bila tengok hiasan meja, terus bermonolong "Mana satu aku nak pakai dulu nih. konpius!" Dari sudu garfu pisau makan, sampai la sudu untuk desert semua ada. Nasib baik pernah diexpose masa form 2 pasal adat makan ala western. Kalau tak mau nye garfu kek jadi garfu untuk makan laksa johor =_=' Buat malu department je. Hehehe

-Ade orang kate muka kami sama. Sama ke?-

Sebelum makan, dengar la ucapan dari Pengarah Mutiara. Sambil tu dorang buat perasmian logo baru Mutiara Jcorp yang baru. Siap baju koperat dengan baju kurung rasmi pun ade. Kitorang pulak dengar ucapan tu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ni sume gara-gara perut berkeroncong irama zapin sebab tak makan dari pagi plus penat naik bas 4jam. Dalam hati "Bila la dorang ni nak bagi makan..grrr.." Tapi lepas dorang bagi makan. Muka masing-masing happy semacam je..hehe  Habis makan, sudah semestinya sambung sesi bergambar. Kali ni dengan bos besar HR Department KFC Holdings :) Pn Sharifah sangat sporting tau. Tak sombong. Thats why staff HR dept sayang puan *Ayat bodek ke nih*



Itu lah salah satu daripada pengalaman yang ada sepanjang kerja. Kerja yang baru ni bagi banyak pengalaman baru pada Farah. Alhamdulillah, semoga pengalaman ni akan membantu Farah buat masa akan datang :)

p/s : Sedang berjuang untuk kurus. Doakan :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Ulasan:

Blogger Ieqahgajah berkata...

awwww jauhhnyeee jamuann rayaaa :) shomell pinkyy

20 September 2012 pada 11:27 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post