Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Resepi : Kimbap roll
Isnin, 21 Mei 2012 @ 10:58 PTG | 2 Nota cinta comel disini [s]

Entry yang kedua dijanjikan. Sini

Korang semua layan cerita korea tak? Layan? Yes! Kita boleh geng. Dalam cerita korea tu, mesti pernah tengok ade satu makanan dorang yang kena gulung-gulung pastu potong-potong. Yang tak layan korea tak semestinya tak payah baca entry ni. Kena jugak sebab aku nak share satu resepi yang kena gulung dan potong ni :P

Bagi yang tak layan cerita korea mesti kurang tahu atau tak pernah tahu pasal satu jenis makanan mereka yang kena gulung dan potong nih. Oke makanan ni dinamakan kimbap. For sure makanan ni halal, selagi bahan dalam tu dari benda yang halal. So, kalau tak nak was-was, kena lah buat sendiri. Ye dak?

Nak dijadikan cerita, masa tengah tengok cerita korea sambil perut berkeroncong irama ghazal. Aku tetiba teringin nak makan benda yang simple tapi senang dibuat. Dalam masa yang sama, kepala aku tiba-tiba terdetik 'tinggg' KIMBAP. Ape lagi terus lah bukak google, laman mencari maklumat, buat carian mengenai resepi kimbap. Bermacam-macam jenis resepi aku tengok. Tapi last-last masa beli barang, satu list resepi pun takde. Main hantam je, asalkan seaweed dengan nasi ada, sebab itu benda wajib. 

Mulanya aku nak buat sorang-sorang tapi tiba-tiba nak ajak housemate aku buat sekali, motif utama : tak nak malu kalau buat tak sedap :P

Siap beli bahan sume, aku dengan mina pun siap-siapkan bahan. Masak potong hiris ape yang patut. Tinggal untuk susun. Hasilnya sangat cantik dan yang penting sedap! Walaupun untuk cubaan pertama agak kurang kemas dan gulungan besar. Kami berpuas hati. Senyum lebarrr :D

Cubaan pertama
Ini dia gulungan tak berapa canti tuh.

Ini juga hasil tak berapa kemas tuh


 Cubaan kedua
Untuk cubaan kedua pulak, hm.. cantikkan *senyum lebar

Disusun cantik lagi tau :)

Sempat la jugak bekalkan untuk beberapa orang yang minat dengan shushi. Sebab kimbap ni kan dah macam shushi. Untuk 'dia' pun sudah :) Dah janji kan. Lagipun walaupun guna 5 seaweed, jumlah kimbap lepas potong boleh dapat 2 pinggan atas ni penuh. Banyakkan :)

Okey, cerita da panjang lebar, tapi resepi belum bagi lagi kan. Ini dia :

Bahan-bahan wajib
- Beras 1 1/2 pot
- mayonis (sesedap rasa)
- seaweed (yang saiz besa, belum dipotong)*

*Biasanya ada 5 seaweed dalam satu pack. Perisa biasa lebih sedap.

 Bahan-bahan B (ikut sesedap rasa, boleh kurangkan atau guna semua)
- telur 1 biji 
- timun
- isi ketam
- hotdog

Cara-cara
- Masak nasi dengan air yang lebih agar nasi menjadi lembik.
- Sambil menunggu nasi masak, Masak bahan B. Goreng telur dadar, rebus hotdog dan isi ketam. 
- Potong bahan-bahan B secara memanjang seperti straw
- Letakkan seaweed pada tikar penggulung, kalau takde tikar guna je plastik pembungkus seaweed tu.
- Lenyekkan nasi dengan rata dan nipis pada permukaan seaweed.
- Lapiskan mayonis secara nipis pada permukaan nasi.
- Susun bahan B mengikut kreativiti diatas permukaan nasi dan mayonis tersebut.
- Gulung dengan ketat dan kemas. Berhati-hati agar seaweed tidak terkoyak.
- Padatkan gulungan dan potong gulungan dengan tebal yang dikehendaki.
- Susun diatas piring dengan kreativiti masing-masing
Kimbap pun siap :)

p/s : Awak pun dapat rasa kan? Kalau nak lagi, sila order yee :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...

mcm senang jer...nak try la

29 Julai 2013 pada 9:29 PTG  
Anonymous Aefa berkata...

simple jugak ye.. nk try lah :D

9 November 2013 pada 3:39 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post