Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Cerpen ala Novel : Suara Hati #1
Rabu, 25 Januari 2012 @ 12:20 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]


“Kenapa semua ini terjadi pada ku” kata-kata itu terpancul keluar dari bibir mungil Alia.. semua pelajar kejuruteraan di dewan kuliah memandang ke arahnya..

“ Alia Natasha Binti Abd Halim, ada apa-apa masalah?”soal Pn. Maimunah. Aku mula menyedari bahawa persoalan yang bermain-main difikiran aku tadi telah terkeluar daripada ruang fikiran aku. “Tiada puan. Maafkan saya.” Sambil tertunduk malu. Entah kenapa akhir-akhir ini aku seperti teringat kembali pada insan yang bernama Muhammad Haikal Hakimi. Cinta pertamaku ketika zaman persekolahan dulu.

“Awak mungkin bukan yang pertama bagi saya, tapi saya pasti awak lah yang terakhir”kata Haikal dengan nada yang lembut.

Itu lah kata-kata yang telah membuat Alia terpesona dengan Haikal. Bahkan sejak pertemuan pertamanya dengan Haikal itu juga hatinya telah terpaut dengan tutur bicara lelaki itu yang sangat tersusun dan sopan. Hampir setiap hari jugalah Haikal memberi Alia kad hasil daripada kretivitinya sendiri.  Disaat Alia sakit,  Haikal sering memberi perhatiannya kepada Alia. Sikap Haikal yang prihatin itu telah membuatkan Alia mudah jatuh hati kepadanya.  Pada waktu itu, Alia merasakan bahawa dialah perempuan yang paling bertuah di dalam muka bumi ini. dan pada waktu tu juga, Haikal menyunting Alia untuk menjadi teman wanitanya. Walaupun, hubungan Alia dan Haikal ditentang keras oleh rakan-rakannya, Alia tetap bertegas untuk meneruskan hubungan itu. Namun kebahagiaan mereka tidak berpanjangan, Haikal memutuskan hubungan yang tak sampai 2 bulan itu dengan alasan dia menemui perempuan lain. Hidup Alia sangat ‘down’ sehingga peristiwa itu mengganggu tumpuan belajarnya, apatah lagi apabila Alia mengetahui bahawa teman wanita Haikal yang baru itu merupakan junior yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu. Sejak dari hari tersebut, Alia tidak lagi mempercayai lelaki yang cuba untuk mendekatinya dan apabila perlu berhadapan dengan junior di kampusnya, Alia seakan-akan membenci mereka.

“Alia! Tunggu aku. Jangan la laju sangat jalan tu” tercungap-cungap Fatin yang cuba mengejarnya. Fatin hairan selepas kejadian di kelas Pn. Maimunah, Alia seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri. Sedangkan Alia yang Fatin kenal merupakan seorang pelajar yang periang dan tidak pernah Fatin melihat Alia bermurung seperti itu, Fatin yakin Alia mempunyai masalah yang tidak pernah Alia ceritakan sebelum ini.

Setibanya di kolej, Alia terus menghempaskan diri di katil yang tersedia kemas dan teratur. Ini kerana Alia merupakan seorang pelajar yang rajin mengemas walaupun jadual waktunya yang padat, ada kalanya katil Fatin yang merupakan rakan sekuliah dan sebilik turut dikemas olehnya. Alia termenung, berfikir mengenai kejadian tadi. Tidak sepatutnya Alia bersikap begitu sedangkan pelajaran tadi merupakan subjek yang paling diminatinya sepanjang semester tersebut berlangsung.

“Ini semua gara-gara Haikal!” Alia membalingkan bantal berwarna pink kesukaannya di sudut bilik tanpa menyedari Fatin memerhatinya di pintu bilik mereka.

Fatin perlahan-lahan mendekati Alia. “Alia, kau ada masalah? Cuba kau ceritakan pada aku, mungkin aku boleh bantu. Kalau aku tak dapat bantu, sekurang-kurangnya dapat melegakan tekanan yang kau simpan ni” Alia memandang Fatin dengan matanya yang bergenang. “Patutkah aku menceritakan perihal Haikal kepada Fatin?”bisik hati Alia.

p/s : cubaan pertama, tak tahu lah menjadi ke tak..Tunggu sambungannya :)
p/s : 100% from Siti Norfaraheen.. no copycat!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post