Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
aku nak kahwin!!!
Rabu, 23 Mac 2011 @ 10:17 PG | 2 Nota cinta comel disini [s]

Assalamualaikum,

oke tajuk kat atas tu memang menunjukkan aku dalam mood GEDIK! =)
Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku sering mempunyai keinginan yang tinggi untuk merasa menjadi ratu sehari.(bukan raja sehari okeyh, RATU sebab i kan perempuan) Korang pun pernah tak rasa macam aku rasa? Memang lah banyak tanggungjawab yang akan kita tempuh selepas berkahwin ni, tapi aku tak pedulik..dan aku rasa aku da bersedia dah! (wah, ayat mau tegas)

ogeyh, sekarangkan aku banyak tengok gambar-gambar baju wedding kat internet mahupun kat butik-butik kat sekitar KL ni. Biasalah da menjadi wanita yang bekerjaya ni, banyak waktu terluang untuk ke butik-butik (window shopping je, nak beli tak mampu) Antara baju wedding yang agak berkenan kat hati aku ni :-



baju yang ni aku suka untuk nikah..simple and sweet aje =)
lagi-lagi if tambah veil putih kosong yang labuh tu..fuhhhh



aku mampu tak posing ala model macam kat atas ni..hahahaha
design baju kurung pon aku suka, simple and nak tambah eksklusif saratkan dengan labuci yang mengerlip ala dimond gitewww..



design ni paling aku suka sebab sesuai untuk nikah mahupun sanding..
tapi if sanding semestinya lah warna hijau..hehehe
design antara baju impian aku lah kan..

haa..ni pun macam kat atas tu..tapi ni eksklusif sikit..
aku suka if jadi baju sanding la..
tapi yang pasti bukan warna putih..hehehehe


 korang mesti da boleh agakkan design baju yang aku suka..aku da terminat pulak design-design yang macam jubah ni..terus sarung..hahahaha





Macam tu lah baju-baju yang bakal aku carik untuk majlis 'besar' aku tu.. Malah pilihan warna untuk sebelah perempuan pun aku dah pilih..hehehe Over exited la pulakkan..(pedulik hape!) Warna yang aku dah pilih adalah antara hijau gelap dengan putih or hijau pucuk pisang dengan hitam...amacam? cantik tak..
aku ni jenis tak berani nak gabung dua warna yang kontra..takut terlebih kontra pulakkan.. simple and nice tu memang pilihan aku..takde lah terlalu penuh dengan colour sampai pengunjung lebih menonjol dari pengantin.. No no no..mane boleh..

Untuk pilihan warna untuk sebelah lelaki pulak aku masih belum deside lagi..masih jauhkan perjalanan aku ni..lagipun untuk mendapatkan hasil yang baik mestilah memerlukan perancangan yang teliti. So, janganlah fikir yang enggak-enggak yee..bukan tak sabar nak kahwin tapi teringin sangat nak kahwin!(ade ke beza nya?hahaha)

Fuhh..ni baru celoteh pasal baju nikak n sanding untuk sebelah perempuan SAHAJA. belum cerita pasal bajet, ketering or kenduri kendara, mahupun pelamin..tak ke seribu patah perkataan aku taip kang..hahahaha

*maaflah kalau entry kali ni panjang dan penuh dengan angan-angan minah jenin..tapi aku harap sangat impian aku ni jadi kenyataan

*Finally, AKU NAK KAHWIN!!!!! =) agiosss..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Ulasan:

Blogger nana iliyanah berkata...

farah, nanti tengok blog ni www.myamethyst.com
muka dia macam farah ouh. huhu

23 Mac 2011 pada 6:10 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

aku try bukak..tapi xde pon..

23 Mac 2011 pada 8:32 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post