sejarah antara aku dan dia :))
Khamis, 20 Januari 2011 @ 10:32 PTG | 4 Nota cinta comel disini [s] for this entry, aku nak bercerita mengenai how i meet my prince.. perkenalan pertama, perkenalan pertama kami takde la best sangat. kami mula-mula kenal bila masing-masing tengah asyik dengan ms (mayspace). dulu kan femes bende niyh.. nak di jadikan cerita, si dia mengaddkan aku kat myspace community yang dia buat. mase zaman myspace ni, kan femes nak buat community, ala, yang sama macam group kat fb (facebook) tuu.. nama community dia, sembilan satoo. sebelum tu, prince ade letak nama lain, tapi aku tak berapa nak ingat (nama tu berkaitan dengan laut la), dulu aku memilih sikit kalau masuk bab mengapprove orang ni.. tak suka la kalau ade yang tak kenal add add ni.. di sebabkan dia add aku tyme cuti selepas spm, so aku active la dalam community ni.. selalu jugak aku main comment-comment kat ms 91 tu.. halni berlanjutan sampai la kitorang dapat keputusan kat mane nak sambung belajar.. tiba tiba satu kebetulan berlaku, aku dan dia dapat tempat belajar yang SAMA!! terkejut aku, mulanya aku tak percaya, ia la takut dia nak gurau gurau dengan aku la kan.. tapi rupanya betul.. then, at the same time, prince mengadd aku kat ms rasmi dia, dan dari situ baru aku tahu bentuk muka dia. hensem!! hehe.. kegatalan aku terserlah time tu, tapi aku buat buat tak amik kisah pasal dia. padahal setiap kali aku nak online, mesti aku bukak ms dia, sebab nak tengok dia balas or tak comment aku..hehe.. giler stalker kan aku ni.. pertemuan pertama then, aku sambung belajar.. ada jugak aku terserempak dengan dia, tapi aku tak berapa nak pasti. tapi, aku masih tetap stalk life dia dari ms.. beberapa bulan lepas tu, aku totally nampak dia.. time tu mase aku tengah penat beratur selama dua hari untuk menyetelkan urusan PTPTN.. dan itu juga kali pertama dia ternampak aku betul-betul di depan dia, cuma kami tak bercakap sepatah pun.. hanya lalu je depan dia.. pertemuan dan perkenalan kedua selepas pertemuan pertama, agak lame jarak mase barulah aku terserempak dengan dia buat kali kedua. itu pun da nak habis semesta yang pertama.. time tu kat depan blok asrama aku.. jalan ke asrama aku dan asrama dia memang one way. time tu agak malu malu kucing la jugak kan, kalau tak bukan bantuan mira (kawan aku kat poli) mesti aku dan dia sampai sekarang pertemuan dan perkenalan ketiga kali ni, kami bertemu setelah bermula semesta kedua(06.01.10), itu pun aku baru mendapat tahu yang prince rupanya sama khursus walaupun berlainan kelas dengan adi izhar (kawan poli/bf mira), dan paling mengejutkan sama rumah sewa.. itulah kali pertama kami berjumpa secara dekat dan berbual dengan kekok dan malunya..hehe pertemuan dan perkenalan keempat kali ni jarang masa dengan pertemuan sebelum ni tak lah lama macam sebelum sebelum ni, ini semua rancangan mira dan adi, dorang rancang jumpakan aku dan prince kat pantai.. dengan bertemankan dorang aku dan prince berjumpa.. kat situ kami berborak borak dan kat situ jugak la baru kami bertukar-tukar numbor telefon.. itupun selepas adi menyuruh prince mintak num kat aku, kalau tak.. selepas tu, kitorang sentiasa ber'sms'.. dari situ aku mendapati yang dia seorang yang agak funny, ramah(cuma kat dalam fon), dan aku selesa berkawan dengan dia.. hal ni berterusan sampai la aku dapat masuk ke asrama (permohonan rayuan ke asrama diterima)..*saat ni, aku da mula suka dan timbul rasa sayang kat dia pertemuan dan perkenalan kelima time ni, aku belum lagi masuk asrama, dan ini adalah kali pertama aku ke kl dengan dia, dan itu jugak kali pertama aku naik bas ke kl..(ternyata naik bas lagi selesa dari naik ktm) bukan sahaja aku balik ke kl bersama, bahkan ke pd jugak aku balik bersama dia.. sangat seronok time tu..*aku da mula merasakan yang aku selamat bersama prince.. pertemuan dan perkenalan keenam kali ni di pantai yang sama seperti pertemuan sebelum ni, kali ni tarikh genap sebulan aku dan dia sejak pertama kali kitorang berjumpa.. kali ni juga berteman dengan adi dan mira, cuma kali ni kitorang berjarak sedikit dengan dorang.. dan kali ni, semua persoalan yang bermain di fikiran aku berjawab.. akhirnya, kami secara rasminya menjadi pasangan kekasih/ 'couple'!! hari yang sangat bahagia.. *aku mencintainya!!
"b, syg tersangat sayangkan b. bahkan sangat mencintai b.. rasa yang syg tak pernah rasakan sebelum ni dan rasa tu makin bertambah dari hari ke hari. i don't want to lose u, i love u so much!!"
| Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
4 Ulasan:
pertemuan yg indah. ;)
jodoh pertemuan ditangan tuhan, tak sangka orang yang aku suka diam-diam akan jadi orang yang penting dalam hidup aku pulak :)
memang pertemuan yang indah..hehe
phewitttttt ^^ terharuuu bacaa nii
Terharu pun..Benda dah berlalu. Tinggal kenangan jee..hehe
Catat Ulasan