Trip bajet ke Pulau Perhentian Kecil #FFtravel
Khamis, 18 Jun 2015 @ 4:55 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s] ![]()
Misi Jelajah Pulau...
hmmm...tarik nafas untuk entry yang panjang ini......
Inilah permulaan pertama bagi fara dalam misi menjelajah pulau dan semestinya dimulakan dengan pulau di dalam Malaysia. Tapi kenapa Pulau Perhentian menjadi pilihan pertama?
Masa pilih pulau, fara banyak survey kat encik google. Hasilnya gambar2 Pulau Perhentian kat google image memang menarik perhatian. Belum pegi lagi dah suka, apetah lagi bila dah sampai kan :)
The Perhentian Islands are two islands named Pulau Perhentian Kecil (Small Perhentian Island) and Pulau Perhentian Besar (Large Perhentian Island). The Malay name Perhentian is translated as “place to stop” and this is exactly what these two islands were for traders travelling between Malaysia and Bangkok in years gone by. These islands are still a gorgeous place to stop and rest today, albeit for tourists disconnecting from the stress and routine of everyday life and not for weary seafaring traders.
Pulau perhentian ni ade dua bahagian, tapi buat permulaan fara jelajah Pulau Perhentian kecil dulu. Pulau Perhentian Kecil ni sesuai sangat untuk sesiapa nak bercuti ala-ala backpakers atau nak kan percutian bajet dan sesuai jugak untuk sesiapa nak mula menjelajah pulau macam fara ni :)
Macam biasa, lepas selesai buat research melalui internet. Fara mula beli tiket bas. Tak nak naik flight, nak jimat kan. lagipun, jarak airport dengan jeti jauh. Nak sewa teksi lagi..xjimat...hehe..So, untuk ke Kuala Besut ni fara pilih bas Adik Beradik (RM53.80 sehala). Fara naik bas dari terminal B Putrajaya Central. Dekat sikit dari nak ulang alik naik KLIA Transit ke terminal TBS kan. Memang fara sarankan amik bas yang seat dia 2+1 sebab lebih selesa. Memang tambah duit sikit, tapi nak ke perjalanan 7-8 jam dalam bas yang sempit. lagi-lagi fara yang mabuk bas ni. haha
Bas gerak pukul 9.30mlm sampai di jeti Kuala Besut pukul 6.30 pagi. Sempat la jugak subuh di surau Kuala Besut. Disebabkan backpakers, harus la peramah sikit. alhamdulillah, ade pakcik yang solat subuh disurau, rupanya uruskan orang ke Pulau Perhentian. Dapat lah harga murah untuk tiket bot laju pegi balik (RM70 sebelum diskaun).
Tiket marin wajib dibeli. Ini antara usaha kita membantu pemuliharaan ekosistem di Pulau Perhentian :)
Dapat tiket cepat, maka cepat la juga sampai ke pulau. Sampai pulau dalam pukul 8.30pagi. Maka segeralah kami ke chalet-chalet yang ada. Antara chalet pilihan, Mohsin chalet, D'Rock Beach Chalet. Tapi kedua-dua dah penuh, kalau kosong pun kena tunggu pukul 12. Chalet sini jenis tak tentu orang check-out bila, kena tunggu pukul 12 baru dorang tau ade bilik available or tak. So, kami pilih Cempaka Chalet. Murah sangat sebab dapat bilik katil queen berkipas untuk RM50 semalam. Ingat nak amik dorm, tapi rupanya dorm ni jenis bilik & toilet campur laki perempuan. -_-'
Walau ape pun, layanan yang kami terima disini sangat la ohsem. Kebanyakan pakcik makcik, abang kakak kat sini sume baik-baik. Ade yang bagi kami tumpang surau dengan beg walau tak amik bilik kat chalet dorang. Lepas check-in bilik, kami terus amik snorkelling dengan pakcik yang jaga Cempaka Chalet, kebetulan dia pun buat snorkeling trip jugak. Sekali dapat harga diskaun pulak. Sumpah best!
Snorkeling - long trip (6 tempat)
Bile lepas je tengok alam laut, terus jatuh cinta...indahnyaaa tak terkata.
Lepas snorkeling, kami berehat kat bilik. Plan asal nak rest kejap, sekali terlajak sampai la pukul 6. hihihi.. Snorkelling ni penat weh.
Malam tu, kami hanya makan malam then terus balik bilik. Badan need rest sangat masa tu. Tak sempat nak tengok persembahan api :( Takpe, esok masih ada...
Hari kedua pula, kami buat aktiviti santai. lepak-lepak area long beach je. Sewa mask snorkeling (RM10 seharian) dengan payung tepi pantai (RM10/2org = RM5 seharian). Nak lepak ala-ala mat saleh..hihi
aktiviti malam pulak, kami amik kesempatan merasa bbq di sana. Dah duduk kawasan pantai, kalau tak makan ikan bakar, memang tak sah la kan.. fara rasa ikan haruan laut set bbq, fatin rasa shark set bbq. Jangan risau, murah je dekat Delina Cafe. Siap candle light dinner tau..haha..malam tu jugak kami dapat tengok persembahan api. Puas! haha
Set dinner bbq (RM25)
Berbaloi-baloi kan :)
Hari terakhir, kami mendaki puncak kincir angin semata nak bergambar di tangga coral bay. Mencabar, lebih kurang macam nak naik bukit broga jugak. walaupun berselipa masih boleh sampai tau naik atas. Paling mengharukan bila ade dua ekor adik beradik gigih teman kitorang sampai atas. berlari-lari kalau ketinggalan kat belakang..
Dalam perjalanan balik ke jeti pun kitorang dapat pusing satu pulau perhentian kecil, ni kira macam giveaway yang boatman bagi. Tak rugi kalau berbahasa ;)
Line telefon kat pulau? fara pakai line Redone dengan maxis. Redone memang tiptop siap internet pun bole. Goyang kaki je nak upload insta. Tapi maxis menangis sikit. bukan kawasan maxis..huhu..Celcom pun line tiptop, petik jari je nak upload insta :)
Label: bercuti, jalan-jalan, Pulau |
Profile
Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :) "Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan" "Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau" Recent post
|
0 Ulasan:
Catat Ulasan