Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
World Hunger Relief 2013 "Step out, Stop hunger"
Ahad, 13 Oktober 2013 @ 5:27 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan rezeki untuk menyambung cerita dalam blog tersayang ni. 
Lama berdiam diri bukan sebab tak nak update tapi disebabkan tak nak update dalam keadaan sedih. Nanti banyak pulak yang melalutnya kan. Okay, buka balik topik yang dah lama tersimpan dalam draft. World Hunger Relief. Event yang berlangsung 5 oct yang lalu. Ada yang pernah dengar ada juga yang tak pernah dengar tentang event yang menjadi acara besar untuk company KFC dan Pizza Hut setiap tahun. Event ini diadakan bagi mengutip dana untuk mereka yang memerlukan. Menepati dengan tajuk World Hunger Relief. Tujuan majlis amal ini untuk mengurangkan beban mereka yang sukar mendapatkan bekalan makanan.


Dengan nilai pendaftaran ke majlis ni sebanyak RM 25, sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan. Bak kata pepatah, sedikit seikit  lama-lama jadi bukit. 

Tahun ini juga adalah tahun kedua Farah join event ni. Bersamaan tahun kedua Farah menjadi keluarga QSR Brands. Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk merasai kemeriahan dan membantu walaupun hanya sedikit untuk mereka yang kelaparan di luar sana. Disamping beramal kita juga boleh menyihatkan tubuh badan dengan menyertai jalan kaki amal sepanjang 5km.


Selain dari jalan kaki amal, pelbagai booth dibuka. Antaranya booth face drawing. Farah pun cuba jugak. Teringin sekali sekala kan.. Pass face, letak kat tangan pun jadilah kan :) hihi


Selain tu, dengan pemandangan Dataran Putrajaya. Dah tentu Farah takkan lepaskan peluang untuk bergambar. Lagi-lagi bila moment ramai-ramai pakai baju Step Out Stop Hunger yang comel ni kan.




Ada juga diselitkan dengan pelancaran KFC delivery. Kalau nak tahu, skuter KFC delivery ni mesra alam tau. Tak pakai petrol, cukup dengan hanya kuasa elektrik. *Yang dok asik charge kat basement parking tu kannn* 

Meriah dengan orang, meriah dengan acara, meriah dengan mini konsert, meriah dengan side event. Tak lupa juga meriah dengan badut yang sporting. Its perfect. Inilah kegembiraan sambil beramal. Insyaallah, tahun depan kalau diberi peluang Farah akan join lagi event ni. 

p/s : masih berfikir macam mana nak on diet sedangkan hari-hari bau Pizza Hut dengan KFC. =_='




Label: , ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post