Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Fitrah wanita yang perlu dilindungi
Khamis, 24 Oktober 2013 @ 9:53 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Bismillahhirahmanirrahim...

Sedarkah kita bahawa selama ini anggapan kita bahawa memakai tudung sudah memenuhi syariat menutup aurat. Farah sendiri pun tak terfikir apa erti aurat yang sebenarnya. Sehinggalah satu hari, Farah terfikir apakah yang dah Farah lakukan untuk diri Farah sendiri selama 22 tahun hidup dimuka bumi Allah ini. Saat itu Farah sedar, farah banyak melakukan kesilapan. Farah alpa dengan nikmat duniawi. 

Alhamdulillah, satu hari itu juga Farah terdetik untuk mengubah persepsi yang selama ini Farah pegang. Dan mula untuk berubah ke arah yang lebih baik. Benar, perubahan itu memerlukan satu kekuatan yang amat tinggi. Sebab akan muncul segala ujian bagi mematahkan semangat kita untuk berubah. Kadangkala, farah sendiri tak kuat untuk hadapi. Kadang kala itu juga, Farah terbabas. Tapi, Farah bangkit kembali untuk berubah ke jalanNya.

Kalau dulu, Farah berniat akan berubah selepas berkahwin atas alasan, kasihan kepada si suami yang menanggung dosa yang akan Farah lakukan. Terutama bab aurat. Tapi Farah tak pernah berfikir. Ketika sebelum berkahwin. Setiap aurat yang Farah tidak tutup, Farah memberi satu langkah ke neraka buat ayah tercinta. Nauzubillah minalzalik. Farah tak menyedari hakikat itu. Setiap hari Farah menyatakan yang Farah sayang ayah. Tetapi Farah tak menjaga aurat Farah dengan baik. :'(

"Selangkah anak perempuan keluar dari
rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Dan dari hari itu, Farah berniat agar berubah walaupun secara perlahan. Insyallah, satu hari nanti, Farah akan menjadi seorang yang mengikut syariat Allah.


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian hiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). 
surah : Al-a'raaf ; 26

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah : An-nur ;31

Ya, islam itu mudah. Tetapi kemuliaan agama islam itu sentiasa mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah dengan agama islam.

p/s : semoga diri ini tabah menghadapi ujianMu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post