Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Holiday : Cameron Highlands - Day 1
Khamis, 19 September 2013 @ 12:12 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alahai, tersadai lama entry ni dekat draft. Maaf le, kekangan masa la.. Adik nak pakai lappy untuk buat folio akaun. Sebagai kakak harus lah beralahkan. huhu

ehem....

Bila dah nak penghujung tahun ni, mesti Farah update pasal bercuti kan? Rezeki hujung tahun la katekan. Hehe. Alhamdulillah, kali ni Farah memilih Cameron Highlands sebagai lokasi pilihan. Yela, haritu ke Genting. Kali ni ke Cameron la pulak. Lepas tu kemana pulakkan. hehehe Korang mesti pelik, tempat tanah tinggi jugak yang Farah pilih. Kenapa bukan pantai ke, pulau ke. Mungkin Farah dah puas 3tahun kat Port Dickson kot. Hadap cuaca panas nak menghitamkan kulit tu. Sebab tu Farah nak sangat hadap cuaca sejuk pulak. Fresh gituu..


Gambar pertama sebelum bergerak. Around pukul 7 pagi lah time ni. Saje nak bergerak awal biar sampai sana boleh terus check in kat sana.
Perancangan tu takde la detail sangat. Tapi perkataan badget diutamakan. Biasalah, kalau bercuti ni memang pakai duet siket. So, budget tu perlu lah ade.. Lagi-lagi kami yang tak berapa nak tinggi gaji bulanan kan. Mohon company bermurah hati bagi gaji lebih sikit kat kami yang 'sangat'dedikasi nih. Hahaha

Perjalanan mengambil masa setengah hari, mungkin sebab Farah bawak secara berhemah. *Berhemah la sangat* Mana tak berhemah, takut uih dengan AES yang belambak. lagi lagi ke arah utara tu. RM 300 melayang wehhhh....

Kira-kira dalam tengah hari kami sampai kat pekan Brinchang. Terus je mencarik hotel budget yang kitorang dah tempah. Budget pun budget lah asalkan tidur dapat yang selesa :) Hotel pilihan kami : Hotel Chua Gin yang terletak betul-betul di tengah pekan Brinchang. Sebab ape kitorang pilih? Dia dekat dengan kedai, tengah pekan, murah dan recomended by kakak office yang pernah pegi kat situ. Actually, banyak hotel dekat sana. Boleh je pilih. Nak murah ke, mahal ke, selesa ke. Depends on your choice.

Lepas je refreshing kan diri, kami terus kan plan kami untuk jenjalan sampai malam kat kawasan tu. Singgah jap kat Tanah Rata.


Cantik kan? Tanah Rata ni kurang aktiviti jualan. Tapi hotel-hotel kat sini cun sangat. Rase-rasenye Aaron Aziz and Siti Saleha shooting dekat sini kot untuk scene honeymoon untuk drama Maria Elena. *Ni yang nak jadikan cameron sebagai destinasi pilihan untuk honeymoon..cewahh*



Singgah sat belanja buat anak-anak. Hahaha lepas penat berbelanja, kami singgah pulak kat Raaju Strawberry Farm and Cafe. Terletak sebelah dengan pasar. Recommended sangat tempat ni. Memang tempat wajib singgah lah. Sebab sambil tengok pemandangan cameron boleh menikmati dessert yang dijual kat situ. Dah kate Strawberry Farm harus la dessert yang berasaskan strawberry :)


Nak naik ni kena mendaki dulu. Biasala tanah tinggi ni banyak kena kerah tenaga sikit..huhu Tapi berbaloi tau... cbe tengok gamba bawah ni.....



Tu dia kann.. Teliur tak? Masih terasa-rasa keenakan ice-cream dengan smooties dye. Gluppp~

Kat sini jugak boleh merasa petik buah strawberry dengan harga yang affordable sangat.

Puas jenjalan cuci mata. Kami pulang ke hotel. Tapi mase on the way balik ke pekan Brinchang. Jalan tetiba jem. Panjang, makan masa sejam lebih jugak la nak naik ke pekan brinchang tu. Rupa-rupanya jem disebabkan pasar malam pekan Brinchang. Tak sangka, pasar malam kat sana besar dan ramai pengunjung yang singgah kat sana. Kami pun ape lagi, sambil nak cari juadah malam malam, cari jugak barang yang nak dibeli untuk anak-anak dan keluarga. hehe

............................

Huarghhhhh....rasanya dah mengantuk dah ni. Nak sambung cerita lagi rasanya akan melalut lah kan. So before melalut baik stop dulu, esok lusa boleh sambung kan kan. Tunggu je untuk sambungan entry cameron nih ;)

Adiossss


p/s : Ayat last tu dah bajet sangat banyak readers. Skali sekale nak perasan takpe kan..huhu

Label: , ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post