Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Cerita Raya 2013
Ahad, 11 Ogos 2013 @ 7:45 PTG | 1 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa. Akhirnya terdengar suara takbir bergema. actually, tak sangka pun dah habis bulan ramadan. Sebab mood beraya masih tak datang lagi. Tah kenapa tahun ni semangat raya macam zero. Dahla semangat zero. Dapat tahu pulak baju raya tak dapat disiapkan. Shahdu rasanya. huhuhu. Selalu bangun pagi orang lain sibuk iron baju baru. Tapi Farah tahun ni sibuk bukak lemari carik baju mana yang jarang pakai. Nasib baik baju konvo dulu penyelamat :)

Tahun ni dah setat bagi duet raya. Gemuruh jugak hehe ;) *bagi duet pun gemuruh kan... ape daa*

Takde baju baru pun takpe lah kan, asalkan jangan lupa bermaaf-maafan dengan keluarga di pagi raya. Alhamdulillah, tahun ni kami sekeluarga sempat beraya dikampung walaupun tak dapat pagi raya di sana. petang raya pun jadilah kannn.

Seperti biasa kami jadikan perjalanan KL-Johor ibarat sekangkang kera. Orang lain yang kampung jauh balik bila cuti banyak jee. Tapi kami lain, dapat cuti sehari pun boleh untuk balik ke johor. Dapat jumpa nenek, saudara, ziarah kubur arwah atuk. Kepuasan yang tak dapat dibayangkan lah. 

Bila dah balik kampung tu, mood raya pun baru ada. Patutla, sebab selama ni memang kami susah la nak skip pagi raya dekat kampung. Kalini pulak tak dapatkan. Tu yang feeling raya lambat nak mai. hehe Tambahan pula dapat melayan kerenah anak-anak buah. Terubat sikit dengan kemeriahan dorang :')


 Macam-macam ragam. Mane tak terubat segala stress, duka lara kat hati ni :)

Di kesempatan ni, Farah nak memohon maaf di atas salah silap yang Farah lakukan, tak kira lah antara sedar mahupun tak. Biasalah, manusia biasa. Banyak kekurangannya :) Farah juga maafkan dan ikhlaskan ape-ape yang daripada semua yee. Mohon lepas ni jadi yang lebih baik hendaknya. Aminnnn

Last but not least, gambar adik & kakak yang senget. hihi


p/s : Kerinduan mendatang tatkala takbir bergema. Tah kenapa rindu pada arwah atuk mendalam sangat tahun ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Ulasan:

Blogger athmy berkata...

best nye..nak gak balik kampung

12 September 2013 pada 10:34 PG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post