Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Majlis Sambut Menantu - cousin
Ahad, 17 Mac 2013 @ 1:25 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, dapat kita berjumpa lagi :)

And let it be said that love is like a river that flows deep into the heart of the soul. For in every man and woman true love should be the ultimate goal. -  Gillis Triplett 

Baru-baru ni, Farah menghadiri majlis sambut menantu bagi pihak makcik Farah iaitu keluarga Wak Kam yang juga keluarga kakak kepada ibu Farah. Jangan terkejut kalau Farah bagitahu yang Wak Kam itu lah kakak kepada ibu Farah. Bagi keluarga kedua belah pihak Farah sememangnya menjadi kebiasaan untuk memanggil Pakcik ataupun makcik yang lebih tua dari ibu dan ayah dengan panggilan 'wak'. Tak kira lelaki mahupun wanita. Panggilan 'bibik' dan 'paman' bagi makcik dan pakcik yang lebih muda. Biasalah adat orang jawa. Yes! Farah memang keturunan jawa. Tapi kalau disuruh cakap bahasa jawa. Harap maaf lah, tak kuasai lagi. Hikhikhik

Modern kurung from First Lady.

Okay cukup lah dengan pembelajaran panggilan untuk orang jawa nih. Kembali pada tajuk. Majlis sambut menantu kali ni boleh dikatakan meriah sebab untuk keluarga adik beradik ibu, ini lah majlis sambut menantu yang pertama. So, feeling feeling exited tu sangat lah banyak :)


Theme for this wedding is Purple. Kebanyakan preparation untuk majlis ni dibuat oleh keluarga terdekat termasuk lah farah sendiri *Senyum kambing sambil buat tanda peace*

Sekarang dah pandai buat bunga mawar kertas takpun bunga carnation sejambak :P *Perasaan riak lagi takabbur melanda diri*



Jangan pelik bila ade sorang tersesat warna oren. Hihi. Bukan melanggar tema, tapi sengaja nak jadi contra dalam gambar :P Majlis yang super meriah. Sebab masih lagi menggunakan khidmat jiran tetangga untuk 'merewang'. Sampai simpan angan-angan bila kahwin nanti nak buat 'rewang' ramai-ramai tak nak pakai katering bagai nih. :)


Sebahagian daripada sepupu yang ada. Nampak tak contra kat situ :P Oh ye, bunga telur yang dipegang Ana *my cousin paling kanan* buatan sendiri tau. Malam sebelum majlis lah dok sibok melipat lipat. Nak hias bilik pengantin punya pasal :)

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semua keluarga pun dapat hadir. Seronok bila dapat jumpa semua saudara terdekat nih. Lagi lagi bila yang rapat dan happening kan :)


p/s : Tahun ni je dah dapat 3 undangan majlis kahwin untuk sepupu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post