Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Pengapit & Debarannya
Rabu, 21 November 2012 @ 11:56 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]


Ehem, Bismillahirahmanirahim...

Selamat pengantin baru,
 semoga kekal abadi,
 bahgia ke anak cucu,
selamat sejahtera...

*Lagu ditujukan khas untuk pengantin :P

Setiap pengantin ada debaran mereka masing-masing. Tapi tak kurang juga pada yang memainkan peranan besar dalam majlis perkhahwinan. Contohnya pengapit. Setiap pengantin memerlukan seorang kawan/adik/kakak/sepupu untuk dijadikan sebagai pengantin. Yela, bagi memudahkan mereka menjadi raja dan permaisuri pada hari bahgia mereka kan :) So, bagi pengapit tu sendiri, macam macam tugas yang perlu pengapit tu sendiri pikul. Dan semestinya, pengapit itu akan rasa takut sekiranya dia tak menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna. Yela, hari kahwin orang oii, takkan la sebab kita jadi serba tak kena kan. Sedangkan majlis kita sendiri pun nak se'perfect' mungkin. 

Cakap mengenai pengapit, Farah haritu ada dipelawa untuk jadi pengapit kawan sepejabat Farah.*Nama pengantin ni Farniza. Selalu panggil Nieza je kat ofis* Disebabkan Farah memang takde apa-apa rancangan dan sememangnya hari minggu Farah kurang dengan aktiviti, dengan ikhlasnya Farah bersetuju. Dalam hati sememangnya SUKA! Sebab Farah sangat suka meng'handle'kan majlis perkahwinan terutama bab hantaran dengan dekorasi pelamin dan bilik pengantin. Memang orang yang paling teruja bila ada kawan rapat mahupun sepupu nak bertunang/berkahwin. Since, dipelawa.. Farah banyak juga buat research mengenai pengapit. Banyak ilmu jugak yang farah dapat dan time tu sibuk jugak la mencarik baju yang bersesuaian dengan tema tapi tak melampau dari pengantin.

Wajah pengapit penuh dengan ke'exited'an sebab kaler baju pengantin fav kaler dia :)

Disebabkan Farah jadi pengapit untuk kedua-dua belah pihak, so, farah pun kena la duduk kat rumah pengantin 2 hari 2 malam. Ishh, bukan la sorang-sorang. Tapi ade teman jugak, kawan pejabat jugak. Kak Nora. Nasib baik lah ade kak Nora, kalau tak hmmm agaknya serabut jugak otak nak serasikan diri dengan family Kak Niza. Alhamdulillah, so far okay la. Yela sebagai pengapit kena la sentiasa tahu jadual pengantin waktu majlis.Kalau tak kenal dengan ahli keluarga, macam mana kita nak tahu flow perjalanan majlis. Dengan ada dorang pun, senang untuk kita minta bantuan kalau tak cukup tangan. Yela pengapit ni kan P.A pengantin untuk hari wedding pengantin. 



Bukan dengan keluarga je, dengan mak andam pun pengapit perlu kenal. Macam mana pengapit nak guna payung, kipas dll, kalau mak andam tak tunjukkan cara dan masa bila kita nak gunakan. Lagi satu, barang-barang mak andam yang digunapakai pengantin pun, pengapit perlu ambil tahu. Takut tercicir pulak. Lagi best kalau dapat mak andam yang prihatin. Dia akan nasihat kan si pengapit apa perlu dilakukan, lagi-lagi kalau pengapit tu first time jadi *macam Farah la kan :P*

Alhamdulillah, sepanjang jadi pengapit. Takde masalah besar timbul. Farah pun rasa Farah dah lakukan tugas Farah dengan baik sekali. Perasaan dup dap time kat atas pelamin memang la harus ada. Lagi-lagi kalau dihadap depan tetamu satu dewan. *Uihhh, ketaq lutut* Si, pengantin pun puas hati dengan service yang Farah berikan. Siap jadi driver sepenuh masa pengantin tau. Bawak pegi outdoor photoshot lagi. *Bagus jugak, merasa lah jugak naik Genting, even kejap*

Yang ni paling tak bole bla. Jurugambar pun sibuk nak mengusik. Tapi comel jugak. Hihihi..


Cuma satu la Farah silap, Farah lupa kepentingan tisu masa jadi pengapit. Asik lupa jee. Mentang-mentang mak andam sediakan span magic untuk tacap pengantin. Tisu bole pulak lupa. Yela, tisu tu amik peranan penting tau. Yela, nak sapu-sapu tangan pengantin waktu acara tepung tawar *ikut kawasan jugak* Nasib baik ade je yang baik hati menghulurkan tisu. Mungkin maklum dengan sikap pelupa si pengapit ni. Hehehe

Paling best jadi pengapit ni. Setiap gambar pengantin, mesti gambar pengapit ada. Lagi-lagi dengan Farah yang suka bergambar ni kan. Hihihi 

Anyway, pengalaman jadi pengapit ni memang takkan dilupakan. Terima kasih buat Kak Nieza sekeluarga sebab layan Farah macam keluarga sendiri. Semoga tugas Farah sebagai pengapit untuk kedua-dua majlis diterima dan kalau ade kesalahan harap maafkan lah yee. Untuk kawan-kawan yang jadi pengapit dan bakal jadi pengapit. Haa, rasa lah debarannya pulak..hihi.



p/s : Tajuk mengalahkan pengantin punya debaran pulak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post