Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
Sabtu, 18 Ogos 2012 @ 9:32 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, hari ni kita semua bakal mendengar pemegang mohor-mohor besar diraja akan berucap untuk pastikan esok raya atau tak. Kalau esok kalau jadi raya. Maknanya hari ni kita semua last puasa, thats mean hari ni ramadhan kita yang terakhir. Seperti biasa kita dapat menghabiskan puasa selama sebulan yang telah diwajibkan ni. Bagi yang perempuan, jangan lupa ganti puasa cepat-cepat ye. Nanti da nak dekat ramadhan akan datang, dah kelam kabut :)

Kalau esok jadi raya, Farah dan keluarga akan berusaha pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga besar kami even dapat pagi raya saja. Cukup lah kan, nanti dapat cuti panjang baru bole beraya sakan kat sana. Kalau menjadi, alamatnya Farah kena drive sepanjang awal pagi tu. Hope bole tahan la mengantuk tu kan :) Tak sabar bak jumpa nenek, dan semua saudara. Tahun ni, ramai yang balik. Cuma keluarga kami je dapat jumpa sekejap. Its ok its alright.

Perihal baju raya dah pun settle. Lepas balik office semalam, terus gerak ke Jalan Tar. Wahh, ramai sangat orang time tu. Bersesak-sesak semata nak cari baju kurung sepasang. Tak sangka ramai lagi orang kat KL ni eh. Ingatkan memasing da gerak balik kampung. Ramai jugak yang shopping last minute macam Farah. Hehe. Lepas sejam, alhamdulillah. Dapat jugak baju kurung sepasang dengan tudung. Yang lain tu recycle yang lama je la. Kasut pun dah berkotak-kotak kat almari. Kalau beli lagi alamatnya ibu bising sebab kasut Farah dah banyak sangat..hehe Oh yee, tahun ni Farah dapat zero kad raya. Memasing banyak wish raya melalui mesej, email atau fb. Ala, tak feel raya lah kan. Tapi takpe asal kan dah wish. So Farah pun ingat nak balas balik semua yang wish tu..

Taraaaa..
Simple kad raya by me untuk semua :)

Farah minta maaf sekiranya terdapat banyak salah dan silap Farah sepanjang Farah berbloging ni. Bagi family, kawan-kawan. Farah minta maaf kalau gurauan, kata-kata, kelakuan Farah yang tidak disenangi. Duit raya jangan lupa pos kat Farah tau :P Selamat beraya.

p/s : Tahun ni raya dengan keluarga pun cukup lah kan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post