Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Kenangan dihari raya
Jumaat, 17 Ogos 2012 @ 3:07 PG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Tinggal lagi berapa hari je lagi kita semua nak raya kan. Nampaknya ramai dah siap dengan kelengkapan raya. Farah baru nak membeli cik oii. Nampak kan last minute dia. 1st year bekerjaya, baru tahu busy orang kerja macam mana kan. Patut la ramai yang shopping lambat-lambat. Dah tu masa yang ada. Its ok. Still dapat raya jugakkan. Macam entry yang lepas Farah ade bagitahu yang tahun ni 1st raya without arwah atuk. Tahun ni jugak Farah dan keluarga tak dapat balik beraya. Kalau dapat pun mungkin pagi raya je kat kampung. Petang tu dah kena balik, memandangkan kerjaya ayah yang tak mengizinkan untuk kami beraya kat kampung. Sobsobsob. Hope dapat la jumpa nenek kat kampung tu. 

Tahun ni kami sekeluarga dah pun memilih warna tema. Warna apa tu. Kena la tunggu entry pagi raya kan. *Ada ke yang tunggu* Macam biasa la, every year mesti kena ada warna tema. Kalau tak, macam tak raya la kan. Hihi. Setiap tahun jugak kitorang akan gambar bersama dengan harapan dapat buat frame besar untuk letak kat ruang tamu. Tapi sampai ke tahun jugak la tak buat-buat. Bukan malas atau apa. Memasing nak muka cantik kat gambar. So, nak gambar perfect 'sangat' tu kena la hire photographer. kalau tak mampu macam kitorang ni. Kena la tunggu bape tahun untuk dapat gambar yang betul betul perfect. Haha *Bukan la perfect sangat kan*

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Time sesi bermaaf maafan. Mesti fikir dulu ayat apa nak cakap kat semua orang. Terutama kat ibu dengan ayah. Yela banyak buat dosa kan. Budak 'baik' macam ni laa =_=" Siap cakap kat sepupu. "Kau jalan dulu, nanti kite follow" Padahal dalam hati nak susun ayat paling terbaikkan. Bila dah konfiden mula la bersalaman. "Selamat hari raya ayah, maaf zahir batin" Cium tangan pipi, terus salam ibu, pakcik makcik, atuk,nenek dengan ayat yang sama. Err~ Dari ayat yang superb, terus jadi ayat tu je. Penat je fikirkan. Hehehe. Tapi tiap tahun buat benda yang sama, fikir dan cancel. *tutup muka dengan lappy* Lepas je sesi bersalaman. Ini part paling best, kutip duit raya kat semua ahli keluarga. Tak kira la da kahwin atau tak. Yang pasti dah kerja. Sengih-sengih kerang busuk sambil tadah tangan. Exited lebih sebab bayangkan betapa banyak sampul yang akan dapat. Keluarga besar la katekan. Meriah betul time tu. Sampai ade yang menyakat. Nak dapat duit raya kena buat something. Kami yang kecik comel suci ni turutkan aje asalkan dapat duit raya. Sampai ade yang kene penangan janggut tajam milik atuk. Hehehe. 

Banyak lagi kenangan time raya ni. Keluarga besar, kenangan pun mestila banyakkan. Lagipun keluarga kami ni bukan nya jenis yang duduk diam. Tapi tak duduk diam. Ade je bahan untuk dijadikan gurauan. Itu yang membuatkan keluarga kami ni rapat dan mesra. Sepupu pun ibarat adik beradik. Semoga ikatan kami ni kekal seperti ini selamanya. Amin..

p/s : Entry sekarang ni asik takde gambar je kan. Takpe, lepas raya muntah la korang dengan gambar. Hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post