Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Istimewanya sahabat
Rabu, 27 Jun 2012 @ 9:16 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Alhamdulillah, selesai jugak entry karangan panjang ala SPM bahasa malayu yang tak berapa nak 'A' tu. Best tak? Mesti tak best kan sebab takde pun nak komen dekat entry tuh. *Tutup muka balik pintu. Tapi takpelah, memang tak best pun story Farah tu, kena cover cepat-cepat dengan entry baru ni lah kan. *kononn entry ni lagi best dari sebelum ni kan. Berangan tak sudah XD

............................................................

Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.- Albert Camus

Sahabat merupakan satu anugerah yang berharga dalam setiap orang. Sahabat yang sentiasa disisi, yang sentiasa membantu dan juga yang sentiasa menyokong kita tatkala kita kesusahan. Sahabat juga adalah insan yang sentiasa faham akan diri kita walaupun kita berada berjauhan. Ingat-mengingati, saling kasih-mengasihani ibarat adik-beradik.

Pernah korang dapat sahabat yang seperti ini? Betul, setiap orang berlainan sifat, dan setiap insan  mempunyai kekurangan masing-masing. Tetapi, bukankah perbezaan itu melengkapi diri kita, ini kerana diri kita juga tidak sempurna mana. Seorang sahabat tak dapat diukur dari segi cantik atau kaya kerana tak semestinya kecantikan dan kekayaan dapat mengekalkan persahabatan. Persahabatan yang ikhlas juga sukar untuk dinilai. Keikhlasan sebuah persahabatan itu dapat dinilai dari segi bagaimana ia membantu, menasihati dan juga menyokong sahabat itu sendiri. Tidak semestinya seorang sahabat itu akan menyokong setiap benda, termasuklah kesalahan sahabatnya itu. seorang sahabat yang baik akan menyokong sahabat dan membetulkan dan menasihatkan sekiranya sahabat itu salah. Sahabat ibarat pengganti keluarga tatkala kita berjauhan dengan mereka.

Jangan menilai sahabat dari pujian dan pemberian mereka. Nilai mereka dengan kesetiaan, nasihat dan keprihatinan mereka. Hargai sahabat sama seperti ahli keluarga kita :)

Farah sendiri dikelilingi ramai kawan, kenalan. Tapi, macam mana Farah memilih mereka sebagai sahabat Farah. Ibu pernah berpesan "Jangan menganggap seseorang sahabat baik, berkawan dengan semua. Hati takkan sakit :)" Nenek pula "Cari dan pilih kawan. Kawan la seberapa ramai. Tapi pastikan ada diantara mereka yang boleh dipercayai untuk menjadi sahabat. Sahabat itu pengganti keluarga. Tanpa mereka, kita kesunyian" Dulu waktu kecik-kecik, Farah sering keliru. Yang mana satu harus Farah ikut. Farah tahu, masing-masing mempunyai niat untuk melindungi Farah daripada terluka. Disebabkan itu juga, Farah sangat memilih soal kawan. Kadang-kadang, tak ambil peduli tentang mereka yang disekeliling. 

 Tetapi, selepas menginjak dewasa *Fuhh, ayat novel terus! Farah sedar, kedua-dua nasihat bermakna sekali. Sebab tanpa kawan, siapa yang akan disisi kita untuk menyokong, menceriakan, menasihati, memantau diri kita bila berjauhan dengan keluarga. Dengan kawan juga, kita akan terluka akibat sikap mereka yang mengguris hati kita, dan disamping itu sanggup menikam kita dari belakang. Tapi, dengan semua pengalaman tu, Farah semakin kenali mereka dan mampu menilai yang mana mampu untuk menjadi sahabat, dan yang mana hanya sebagai kawan. Walaupun kadangkala Farah pernah berselisih faham dengan mereka, tapi tak pernah berlarutan panjang sebab kami tahu perangai masing-masing. Kenapa dia begitu dan kenapa dia begini. Perselisihan faham juga membuatkan kita semakin kenal dan rapat dengan mereka. Bak kata pepatah " sedangkan lidah lagi tergigit, inilkan pula kita sahabat semua" *erk, macam lain je..


Bagi Farah, Farah sangat beruntung sebab dapat merasai semua pengalaman tu dan mempunyai sahabat sehebat seperti mereka. Farah harap, kami semua takkan putus silaturrahim dan saling mengenali dengan lebih mendalam lagi. Love all. 


p/s : Tak semestinya bila kita bertukar tempat dan berjauhan, persahabatan tu akan terputus begitu saja ;)
p/s/s : Macam mana dengan korang pulak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post