Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Selesai urusan :)
Sabtu, 18 Februari 2012 @ 7:16 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Minggu lepas dengan rasminya aku bersama kumpulan projek selesai berurusan dengan pihak MICET, UNIKL. Alhamdulillah, banyak bantuan yang telah diberikan oleh mereka. Sangat bertuah dapat berjumpa dengan mereka :)

Berkaitan dengan bayaran pula, aku sangat berpuas hati kerana servis yang diberikan sangat berbaloi dengan bayaran tersebut. Malah, lebih murah dari yang disangkakan :)
Keputusan analisis kami juga baik, walaupun nilai total chloroform sangat tinggi. Ini bermakna kami juga dah menemui cadangan untuk overcome masalah di oxidation pond kami.

Sebelum balik, sempat jugak la abadikan kenangan kat depan bangunan pentakbiran tuh tu.






Selesai sahaja berurusan dengan pihak MICET. Tak salah kan kalau kami berjalan-jalan tenangkan hati. Yela, bukan senang nak turun Melaka nih. So, kali ni kami turun di Jusco Melaka yang terletak berdekatan dengan Melaka Central. Sampai saja kat sana, benda pertama yang akan dikatakan ialah 
"Besarnya!!!!!"
Yup, jusco tu sangat besar malah berkali ganda besarnya dari Jusco Seremban. Sebab dulu aku anggap Jusco Seremban tu adalah jusco paling besar yang pernah aku pergi :) Sure, kalau sampai sana tak dapat pusing habis sebab terlampau besar. Sedangkan aku menghabiskan masa 3jam meronda tetapi tak juga dapat pusing habis. Bayangkan lah betapa besarnya mall tuh.

Sambil aku jalan-jalan kat sana, aku sempat juga bershopping dekat Padini. Dapat la satu sunglasses jenama vincci yang cantik. Jangan terkejut kalau aku cakap ini lah berangan pertama yang aku beli di Vincci. Sebab sebelum ni aku tak pernah shopping barang branded. Tak reti maaa. So, sape-sape yang date dengan aku jangan risau sebab aku takkan 'pau' mereka dengan barangan yang mahal :P

p/s : Sekarang tinggal writing report je. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post