Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Arang sebagai ejen penghilang bau?
Sabtu, 14 Januari 2012 @ 4:36 PTG | 2 Nota cinta comel disini [s]

Hari ni kita buka buku untuk mulakan teori tentang projek okay?
Haha, tak pasal-pasal nak babitkan readers aku pasal projek ni kan, xpela, korang bole belajar sekali dengan aku kan? Hehe..

Learning starting from now :)


Arang merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan. Dari segi saintifik adalah satu padatan berpori yang dihasilkan dari bahan-bahan yang mengandungi karbon dengan pemanasan pada suhu tinggi. 

Seperti yang kita tahu, selalunya arang digunakan ketika 'BBQ'. Tetapi arang juga boleh digunakan sebagai medium untuk menghilangkan bau. Arang aktif dapat menyerap gas dan senyawa-senyawa kimia tertentu, bergantung kepada isipadu dan luas permukaan. Daya serap arang sangat besar, berkisar antara 25-100% terhadap berat arang aktif. Petua-petua orang lama ni memang selalu boleh dipakai. Selalunya orang letak arang pada peti ais bagi hilangkan bau busuk sebab makanan bercampur-campur kat dalam tu. Tapi pernah ke orang gunakan arang di tempat public contohnya di kolam kumbahan. Sudah tentu kolam kumbahan tu busuk. Kumbahan = najis (eeauww)

Arang aktif mudah diperolehi dipasaran dan harganya merupakan alternatif bahan penghilang bau yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Sumber bahan arang aktif adalah arang batu bara, tempurung kelapa, kayu ataupun bahan lainnya yang dibakar dengan suhu yang tinggi sehingga menjadi arang.

Oleh itu, arang telah terbukti sebagai objek yang boleh menghilangkan bau. Tetapi adakah arang ini juga boleh digunakan di kawasan lapang seperti kolam pengoksidaan? menjadi persoalan disitu..


p/s : ini adalah sedikit bahan dari projek akhir aku, sekitanya readers tersayang mempunyai pandangan tentang arang ni. Silalah bantu :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Ulasan:

Blogger ain berkata...

salam..sister, awak ada tak journal mengenai penggunaan arang kat malaysia atau mana2 negara?

19 Februari 2014 pada 10:26 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

Setakat ni, sis tak jumpa lagi jurnal pasal penggunaan arang. Maaf sebab tak dapat nak membantu.

15 April 2014 pada 10:43 PG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post