Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Cikgu Shida yang semakin popular
Isnin, 18 April 2011 @ 4:45 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Assalamualaikum..





pernah korang dengar pasal Cikgu Shida? mestilah korang pernah dengarkan.. Dah heboh kat paper metro, kat tv bagai.. popular tu Cikgu Shida kite ni.. Aku sendiri dapat tahu pasal Cikgu Shida ni dari paper metro, at first, tertanya-tanya jugak apa kena dengan cikgu ni sampai boleh masuk paperkan.. so, untuk menghilangkan pertanyaan aku ni, aku bukak la video buatan cikgu ni kat laman youtube.. hasilnya :


Agak-agak ape pendapat korang lepas tengok video ni?

Aku? umm, bagi aku mungkin setiap orang mempunyai cara untuk melepaskan tekanan. Yela, cabaran sebagai seorang cikgu bukannya sedikit, malah hampir boleh gila kalau telalu menstresskan diri. lagi-lagi kalau perangai student yang agak 'baik'.. Cuma yang agak menghampakan aku, cara cikgu ni agak keterlaluan. Aku bukan nak meng'banned' kan cikgu ni tapi macam komen-komen yang aku baca kat bawah video cikgu ni, jangan lah sampai mendedahkan aurat sendiri. Lagipun cikgukan membawa contoh kepada anak muridnya, cuba korang bayangkan kalau ade student mengikut cara cikgu ni. dan takut pula student itu lagi melampau dari cikgu tu..hmm



alahai malunya kalau komen diatas dari non-muslim :(


demikian lah komen-komen dari video tersebut.. Ade yang suka dan ade yang tak suka.. Adat lah manusia kan mempunyai pendapat masing-masing..

selepas itu, aku pun meng'google' untuk mencari maklumat selanjutnya melalui rakan-rakan blogger yang menerbitkan perihal 'Cikgu Shida' ini..dan aku jumpa satu entry yang ini rahsia kenapa Cikgu Shida jadi macam ini dan aku cuba buka entry yang cik Helena sebutkan tu, tapi timbul ayat "does not exist" pulak.. Menurut blog Cik Helena ni, dia jadi macam tu disebabkan putus tunang..(???) bagi aku jangan lah disebabkan lelaki kita jadi macam tu..

Aku sendiri pernah membuat video yang agak memalukan diri sendiri bila tangok balik.. tapi takdelah sampai nak menguploadkan dan menunjukkan video tu ke tumpuan umum.. itu dah mengaibkan diri aku sendiri..betul tak?

ada lagi blog yang menerbitkan entry pasal cikgu Shida ni macam..

sebenarnya banyak lagi entry mengenai Cikgu Shida ni.. ada yang negative dan ada juga yang positive.. terlalu banyak lah pendapat, pujian dan kritikan manusia-manusia ini.. macam yang aku cakap eh tulis tadi, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. terpulang pada diri sendiri samaada itu patut dicontohi atau tidak. Tepuk dada tanya selera :)

*p/s: semakin takut dengan dunia sekarang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Ulasan:

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post