Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
suasana beraya...
Selasa, 14 September 2010 @ 8:35 PTG | 3 Nota cinta comel disini [s]

selamat hari raya..minal aidil walfaizin..mohon maaf atas segala salah silap saya diatas ketelanjuran kata, tersilap bicara atau sebagainya...

hari ini da hari kelima kita menyambut hari raya kann..saya pun belum lagi update entry pasal hari raya saya bukan..tahun ni hari raya saya dan keluarga tak berapa nak meriah macam hari2 raya yang lepas..tahun ni sambut secara ala kadar je..yela..pagi raya pertama tak bersama-sama atuk dan nenek..terase kekosongan beraya..mana taknye..selalu mesti meriah je pagi-pagi..ade yang sibuk iron baju, ade yang sibuk isi kueh raya, ade yang sibuk siapkan anak-anak, macam-macam sibuk lagi lah..rindu suasana tuuu..

 sepatutnya suasana beraya macam ni kan...(sekadar gambar hiasan)
 
tahun ni,  di pagi raya pertama, kami sekeluarga sepakat tak pakai baju raya, cuma pakai baju tahun lepas je, yang dikirakan baju yang terbaik di pagi raya lah kan..tak semestinya kena pakai baju baru, pakai baju lama pun jadi la...asalkan elok dimata, cantik di hati..pagi raya kat KL, tersangat sangat lah bosan dan sunyi, tak tahu buat ape..duduk je kat rumah.. jiran-jiran yang lain pon same, masing-masing tak mahu bukak pintu, mungkin masing-masing melayan perasaan tak beraya bersama keluarga dikampung agaknya..tapi petang raya tu, ayah jemput semua kawan-kawan kerja ayah kat rumah..sangat-sangat penuh kat rumah dengan abang-abang polis (jangan risau prince, saya da ade awk ;p) nasib baik ade dorang, kalau tak, rendang, ketupat, kuah lodeh yang ibu masak mesti tak abis..

malam raya kedua pulak, tiba-tiba ayah cakap,
"kalau kita balik kampung sekarang nak tak?"
semua tercengang dan menyahut "NAK!!!!!"
"tapi balik kejap je, ayah dapat pelepasan sehari, malam esok ayah kena kerja"

tak kesa la kejap ke lame, asalkan dapat jumpa atuk dan nenek..betul tak? terus siap-siap, dan malam tu jugak kami bertolak ke kampung parit kasih yang terletak di senggarang, johor..

pada raya kedua, saya sangat lah seronok sebab dapat bangun pagi kat kampung, walaupun suasana meriahnya di pagi raya tak macam pagi raya pertama, tapi meriahnya tetap ade sebab ramai kezen kezen, pakcik mokcik kat kampung tu..misi ekspedisi beraya kat kampung pun tak nak dilepaskan..da kate sehari je kat kampung..penat tak penat, asalkan orang-orang kampung tahu saya da balik kampung..heheehe..tapi petang tu jugak kami kene balik, tak dapat la nak diteruskan misi saya tu..cuma dapat beraya kat rumak pakcik mokcik  je..tu pun 2 rumah..takpelah..asalkan da jumpe sedara mare...

 dapat la jugak duit raye...hihi (da besa pun dapat duit raye..ape saya peduli..hehe)
 
pada raya ketiga pulak, saya cuma duduk dirumah sebab sedara mare sebelah ibu pulak nak datang beraya...ibu la paling eksited sebab dapat jumpa adik beradik yang da lame tak jumpe..macam-macam ibu masak untuk dorang..sedap-sedap..yang datang kat rumah tu, bibik nanik, wak ri, paman kadir (jangan pelik, family saya ni jawarian) dan keluarga mereka, total kereta = 3 buah..ramai kann..

pada hari raya ke empat pulak,
saya beraya kat rumah pakcik mokcik sebelah ibu, dapat la balik kampung kat selangor tuu..rindu nak tengok sawah-sawah yang terbentang luas...kat kampung selangor ni, da takde atuk nenek..yang ade cuma adik beradik ibu je, tu yang jarang balik..yang tua di utamakan..so, selalu la balik kat kampung johor tuu..kat kampung selangor tu, satu selangor saya pusing..tanjung malim, bagan terap, rawang, kelang, semua lah..sebab adik beradik ibu semua kat satu selangor..hihi..

ha...tu la aktiviti-aktiviti saya pada hari raya pertama, kedua, ketiga dan ke empat..yang ke lima ni..saya nak tulis kat entry lain pulak..special siket..hehe..nak tahu? kena la tunggu :p 


by,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Ulasan:

Anonymous hazman aka species1980 berkata...

whoaa... sonoknya dapat duit raya tue....

18 September 2010 pada 2:53 PTG  
Anonymous kisahsensasi berkata...

Orang kata.... kalau dah besar lagi BESAR duit raya yang kita dpat

18 September 2010 pada 2:54 PTG  
Blogger farah jamil berkata...

memang la seronok..hehe..duet sume besa2 ^^

21 September 2010 pada 2:09 PTG  

Catat Ulasan



Older Post | Newer Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post