Farah Jamil
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
I am as Korean Fan
Sabtu, 4 Februari 2017 @ 9:01 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Jujur Farah cakap, Farah sangat-sangat suka dengan Korea. Dari drama, makanan, negara, termasuklah industri hiburan dia. Dorang punya usaha untuk sesuatu tu sangat la farah respect. Tapi cakap je mampu, nak pergi sana belum punya rezeki. Hopefully, one day I will.



Macam mana Farah bermula as Korean Fan? hahaha. Dulu, takdelah fanatik sangat. Setakat melayan drama-drama yang gempak je. Mula layan dulu pun hujung tahun 2009, betul-betul lepas SPM. Yelah, dulu bosan, takde nak buat ape. Kerja pun tak lagi. So online jela 24/7. Time tu la baru kenal youtube dan lain-lain. Masa layan youtube tu, tah macam mana bole terklik satu drama korea yang meletop dulu. Tak lain tak bukan 'Full House'! Yup, tula drama first yang farah tengok. layan kat youtube je tau. Habis je drama 'Full House' tu, farah tak terus tengok drama lain. Yelah bz kerja pulak lepas tu, then masuk diploma. Time tula jadi hantu korea. Rupanya demam drama korea ni da melanda kat tempat blaja. Stok drama pun bertimbun. Ade yang jadi 'dealer' drama, lagi laju la kitorang. Dulu harapkan kawan jadi 'dealer' jela. Nak cari sendiri tak tahu. hahahaha

Sampai la zaman kerja, tapi masa tu cuma gila drama korea je. Takdela sampai suka lagu dengan artis. Masa tu tau masatu..sebab sekarang dah lain. Cakap la artis apa, group apa, lagu apa. Insyaallah ingat. Hahahahahaha Sekarang lubang nak tengok online pun dah master. hahaha

Related image

Terjebak sebab student punya pasal la. Dulu kerja kat pusat internet 1malaysia, so student semua budak sekolah. Asal datang tempat kerja je, dorang pasang lagu korea. Siap hafal step tarian tau. pehhh..hebat betul. Mulanya niat nak tahu je ape lagu yang dorang dengar tu. Last-last terjebak habis. Sampai reality show dorang pun follow tau. So, sekarang tak dapat nak patah balik, sebab dah fall in love dengan korea..hahahaha

Image result for exo

Mesti yang bukan fan korea ni nak tau ape la yang ada kat drama korea etc. Macam mana nak cakap ye, korang kena layan dulu la baru tau. Beza sangat dengan drama kat Malaysia ni. Bukan nak perlekehkan tapi tu apa yang farah rasa. Drama kat Malaysia ni bukan tak best, best je. Ade je yang Farah tengok contoh macam 'Kau, aku kita', Aku jadi penunggu, Papa Ricky, dan lain-lain. Tapi kalau pilih antara drama melayu dengan korea. Farah memang pilih korea. This is my oppinion.



Image result for shy boss


Tapi Tapi tapi

Ade je benda tak best yang Farah tak minat dengan korea. Salah satunya cara dorang release stress. Korang yang layan drama pun bole nampak kan, kalau dorang nak celebrate ke, down ke mesti dengan alkohol. macam dah jadi budaya dorang. Eh bukan jadi, memang budaya dorang macam tu. Sampai mabuk-mabuk. bila mabuk jangan cakap la dorang akan behave. hmm tu yang memang tak minat laaa..


Tapi yang lain tu ok. Paling best dorang punya adab dengan orang lebih tua. Cara percakapan pun ada perbezaan tau antara orang yang lebih tua/tak rapat dengan orang yang dah rapat/atau lebih muda.

Minat orang mungkin berbeza dan berubah-ubah. Farah tak kesah kalau ade yang tak suka, yela dah orang tak suka, camne nak paksa kan. Tapi, ini lah yang menjadi kegemaran Farah buat masa ni. Doakan Farah dapat jejakkan kaki kat negara ni ye.. Aamiin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 Nota cinta comel disini [s]



PTPTN - Bayar hutang tunggakan
Selasa, 24 Januari 2017 @ 3:59 PTG | 0 Nota cinta comel disini [s]

Leegaaaaaa... Baru je lepas selesaikan tunggakan hutang PTPTN. Sekarang ni muda-muda pun dah ada hutang T_T

Image result for ptptn hutang

Sejak ada isu pasal CCRIS dengan blacklist imigresen ni Farah tak pernah berhenti fikir fasal hutang PTPTN. Tula, dulu kemain liat nak bayar hutang, sekarang baru tersedar. haha Nasib la masa pergi Vietnam dulu tak kena blacklist lagi, kalau tak menangis tak berlagu kat airport.huhu

Meh Farah nak share macam mana proses Farah selesaikan bayaran tunggakan PTPTN.


Farah ni antara lepasan IPT yang tak dapat surat daripada PTPTN mengenai cara pembayaran, mahupun tunggakan. Inilah antara sebab Farah tak bayar PTPTN, kalau bayar pun main bayar je tanpa tau berapa jumlah bayaran bulanan yang perlu Farah bayar. So, untuk tahu jumlah tunggakan dan cara pembayaran dia Farah pergi ke kaunter PTPTN di UTC Puduraya. 

Kenapa UTC? sebab kaunter PTPTN kat UTC ni sabtu ahad pun buka. So, senang nak uruskan pape kalau tengah cuti ni. Takde kelam kabut, cuti rehat pun dapat di'save' untuk kegunaan lain.

Berbalik pada tadi, masa di kaunter tu, kita cerita la apa yang kita nak tau mengenai hutang PITPTN tu. Nanti pegawai yang bertugas akan jelaskan kepada kita bagaimana nak selesaikan hutang yang ada. Masa tu, pegawai cadangkan pada Farah untuk selesaikan tunggakan dengan 2 cara iaitu:-

1. Bayaran tunggakan secara ansuran
-Secara ansuran ni maksudnya selesaikan tunggakan separuh atau sehingga baki tunggakan tidak melebihi 6 bulan tunggakan.

2. Bayaran tunggakan secara penuh
-yang ni semua faham kan. Maksudnya bayar tunggkan sampai habis la, tinggal ansuran bulanan je yang tak dibayar.

Dia ada juga tanya nak jadualkan semula tak jadual pembayaran balik pinjaman. tapi Farah tak nak, sebab kalau tak makin lambat lah hutang Farah nak habis. (banyak lagi perancangan oii)

Farah decide untuk selesaikan secara penuh, sebab Farah tak nak fikir pasal tunggakan lagi dah. So, farah ambil keputusan untuk keluarkan duit dari KWSP untuk membayar tunggakan PTPTN Farah. Hanya akaun 2 sahaja boleh buat pengeluaran. So, check dulu penyata KWSP.

5 Langkah mudah pengeluaran KWSP

1. Daftar i-akaun
-Daftar i-akaun ni boleh daftar di kiosk KWSP atau kaunter KWSP seluruh Malaysia. Tapi kalau jenis yang kurang rajin keluar rumah macam farah ni. Boleh je nak call ke Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922600

2. Hubungi Careline PTPTN
- Sebelum buat pengeluaran kena la tau berapa tunggakan/baki pinjaman PTPTN yang kita ada. Disebabkan farah dah pergi ke kaunter PTPTN so tak perlu la farah call careline PTPTN. Tapi bagi yang tak nak jumpa pegawai PTPTN tu, bole je call di talian 03-21933000

3. Mohon pengeluaran KWSP
-Bila dah aktif i-akaun, boleh la buka i-akaun dan mohon e-pengeluaran pendidikan. Pada borang online yang kena isi tu ada nama program dan tahun tamat. Pastikan maklumat sama macam transkrip dan sijil.

4. Semak status permohonan
- Bila permohonan telah diproses, pihak KWSP akan sms untuk maklumkan kepada kita. Pada sms tu, kita perlu ke KWSP untuk sahkan cap ibu jari dan dokumen. Selalunya dia akan bagi dateline (14 hari) untuk selesaikan semua tu. Sebelum tu, kena la semak dulu kat inbox i-akaun status permohonan sama ada dah diluluskan atau tidak.

5. hadir ke KWSP
- Pergi ke kaunter KWSP. Boleh pegi kat mana-mana kaunter kat seluruh Malaysia. Bawa bersama dokumen sokongan (sijil, transkrip, IC) semua dokumen perlu buat salinan.

Selesai je 5 perkara ni, so lepas 15 hari bekerja duit akaun KWSP akan ditransfer terus ke akaun pinjaman kita. Dia takkan bagi duit cash, kalau bagi duit cash, memang tak berbayar la pinjaman tu nanti. hahaha

Tapi untuk keluarkan dari KWSP ni pun ada syarat-syarat dia. Boleh semak pada lawan web rasmi KWSP.

Lepas ni terus ligat nak bayar ansuran pinjaman pulak. Plan nak buat direct debit. Nanti farah akan story lagi bila dah selesai ye..

Label:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 Nota cinta comel disini [s]




Older Post
Profile

Status:
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


pari-pari

Hello There. This blog don't bite. Plz make yourself relax in here :)
"Tiada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"
"Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau"

Twitter | Facebook | Instagram




Recent post